Tambah Bukan Sebarang Tambah

Juara Piala Sumbangsih 2017 Berjaya Dirangkul Kedah

0 130

Keputusan piala Sumbangsih 2017 memang diluar jangkaan. Ketika ramai yang memilih pasukan JDT untuk sekali lagi muncul sebagai juara, Kedah tampil dengan bergaya sebagai juara Piala Sumbangsih 2017 apabila menewaskan JDT dalam perlawanan yang seimbang menerusi sepakan penalti 5-4 selepas keputusan penuh perlawanan berkesudahan 1-1.

Kedah berjaya merampas Piala Sumbangsih daripada JDT dan seterusnya menamatkan penantian setelah kali terakhir memenangi Piala Sumbangsih pada tahun 1994.

juara piala sumbangsih 2017

Ini juga merupakan piala ketiga dimenangi Tan Cheng Hoe dalam masa 3 tahun setelah berjaya memenangi Juara Liga Premier 2015, Juara Piala Malaysia 2016 dan yang terbaru Juara Piala Sumbangsih 2017.

Juara Piala Sumbangsih 2017

Kemenangan sebagai juara Piala Sumbangsih 2017 bukanlah mudah bagi Kedah dimana JDT sebagai pasukan pilihan memberi tentangan yang amat sengit.

Ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora menurunkan kesebelasan utamanya dan menggunakan formasi 4-2-3-1 dengan meletakkan Hasmawi Bakiri sebagai penyerang tunggal. Manakala Tan Cheng Hoe juga menggunakan formasi yang serupa dengan menggunakan formasi 4-2-3-1 dan meletakkan pemain import baru mereka, Ken Ilso sebagai penyerang tunggal.

Perlawanan berlangsung secara agak agresif pada minit-minit awal perlawanan di mana kedua-dua pasukan banyak membuat bentesan keras ke atas pemain lawan.

JDT mendahului pada separuh masa pertama apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti apabila Brian Ferreira ‘dijatuhkan’ dalam petak penalti. Sepakan penalti tersebut diambil oleh ketua pasukan JDT, Safiq Rahim.

JDT terpaksa bermain 10 orang apabila S Kunalan dilayangkan kad kuning kedua selepas membuat bentesan keras terhadap Fakri Sharani.

Pada separuh masa kedua, Kedah tampil dengan lebih meyakinkan dan seterusnya Badrol Bakhtiar berjaya menjaringkan gol cantik untuk menyamakan kedudukan.

Keputusan perlawanan tamat 1-1 dan seterusnya kedua-dua pasukan terpaksa berpuashati dengan 1 mata untuk perlawanan pertama liga Super 2017.

Penentuan Penalti Penentu Juara Piala Sumbangsih 2017

Juara terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti. Pemain JDT, Brian Ferreira gagal menyempurnakan sepakan penalti ke 3 dan seterusnya menghampakan harapan penyokong JDT untuk melihat JDT memenangi kejuaraan Piala Sumbangsih secara hatrik.

juara piala sumbangsih 2017

Liridon menjadi watak hero pada malam ini setelah mengambil sepakan terakhir dan seterus menjaringkan gol kemenangan Kedah.

Tahniah Nasi Tambah ucapkan kepada pasukan Kedah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!