Jersi Kedah 2017 Dilancarkan Dengan Meriah

0 363

Sudah tentu ramai peminat bola sepak Kedah tertunggu-tunggu perlancaran jersi Kedah 2017. Sejak dari bulan 12 lagi ramai peminat bola sepak Kedah ternanti-nanti perlancaran jersi terbaru ini. Jersi terbaru ini diperkenalkan dalam satu majlis perlancaran pasukan bola sepak Kedah 2017 yang dilancarkan pada hari ini, 13 Januari 2017 oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), YAB Dato Seri Ahmad Badshah Md Hanipah yang bertempat di Dewan Gemilang, Jitra.

Jersi Kedah 2017 ditaja oleh AL Sports menampakkan 100 kelainan berbanding jersi Kedah 2016 yang ditaja oleh Warrix.

jersi kedah 2017
Jersi Kedah 2016 di taja oleh Warrix

Jersi Kedah 2016 menampilkan warna kuning untuk jersi di tempat sendiri (home), hijau untuk jersi di tempat lawan (away) dan putih untuk jersi ketiga. Ramai yang mengatakan jersi away Kedah adalah jersi kulit tembikai.

Jersi Kedah 2017

Bagi tahun 2017, AL Sports iaitu penaja kit pasukan Kedah, menampilkan corak yang berbeza dan dilihat lebih mempunyai elemen simetri. Jika anda masih tidak tahu, AL Sports adalah jenama alatan sukan di bawah AL Ikhsan Sports Sdn Bhd, satu jenama rangkaian kedai alatan sukan yang tak perlu diperkenalkan lagi.

jersi kedah 2017
Jersi Kedah 2017

Untuk tahun 2017, pasukan Kedah memperkenalkan kembali jersi warna merah yang pernah digunakan pasukan Kedah sebelum bertukar kepada warna hijau kuning. Jersi warna kuning adalah untuk perlawanan di tempat sendiri, merah untuk perlawanan di tempat lawan dan putih untuk jersi ke tiga.

Tinjauan yang dibuat Nasi Tambah dalam laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Kedah rata-rata amat berpuas hati dengan rekabentuk jersi Kedah 2017 terutama yang berwarna merah yang kelihatan seakan-akan jersi skuad Piala Dunia Portugal.

Antara ciri yang boleh dilihat pada jersi terbaru pasukan Kedah ini ialah kualiti kain yang dilengkapi dengan teknologi SmartDRY.

Teknologi ini mempercepatkan proses penyejatan peluh pemain. Ini dapat memberi keselesaan kepada pemain yang dapat memberi rasa sejuk dan juga peluh tidak akan melekit kepada badan ketika berpeluh.

Suatu yang mengkagumkan produk buatan tempatan yang dapat menandingi produk keluaran jenama sukan luar. Bukan sahaja berkualiti tinggi yang penting pada harga mampu milik untuk dibeli oleh semua penyokong bola sepak Kedah.

Penyokong bola sepak Kedah sudah boleh mendapatkan jersi terbaru ini di cawangan terpilih Al Ikhsan seluruh negara. Nasi Tambah diberitahu semperna perlancaran harga jersi Kedah 2017 ini adalah RM109 untuk player issue. Kami tidak pasti pulak harga mungkin naik selepas ini, tetapi kepada penyokong bola sepak skuad Lang Merah, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan jersi terbaru ini kerana dijamin puas hati dengan kualiti jersi ini.

Apa yang diharapkan, kualiti permainan Kedah juga akan meningkat setanding dengan kualiti jersi ini. Tak sabar untuk lihat perlawanan pertama liga super 2017 di mana Kedah akan bertandang ke Stadium Larkin untuk menentang JDT dalam merebut piala Sumbangsih.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!