JDT Layak Ke Pusingan Ketiga Playoff AFC Champions League

0 41

Tahniah diucapkan kepada pasukan JDT. Kemenangan malam ini selepas menewaskan Bangkok United dalam penentuan sepakan penalti membolehkan pasukan JDT layak ke pusingan ketiga playoff AFC Champions League 2017 dan akan menentang Gamba Osaka.

Perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat dengan 0-0.

JDT terlebih dahulu mendahului hasil tandukan Safiq Rahim selepas berlaku salah faham di antara penjaga gol Bangkok United dengan pemain pertahanan Bangkok United. JDT terpaksa bermain dengan 10 orang selepas pemain import mereka dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain Bangkok United.

Bangkok United mengunakan kelebihan 1 pemain untuk menyerang habis-habisan ke pintu gol JDT akhirnya berhasil menjaringkan gol penyamaan pada minit kecederaan perlawanan. Gol Bangkok United dijaringkan oleh Okwunwanne.

Dalam penentuan sepakan penalti, Farizal Marlias membuktikan beliau merupakan antara penjaga gol terbaik Malaysia apabila berjaya menahan 2 sepakan penalti pemain Bangkok United.

Keputusan penuh penalti, JDT menang dengan 4-5.

jdt layak ke pusingan ketiga playoff afc champions league

Kemenangan yang membolehkan JDT layak ke pusingan ketiga playoff AFC Champion League dan berpeluang untuk mencipta sejarah sebagai pasukan pertama Malaysia layak bermain dalam AFC Champions League.

Bagi admin Nasi Tambah selaku penyokong setia skuad Helang Merah (Kedah) sudah tentu menyokong pasukan JDT supaya layak ke AFC Champions League kerana ini akan membuka peluang kepada skuad Kedah untuk beraksi dalam AFC Cup.

Apapun tahniah diucapkan kepada JDT layak ke pusingan ketiga playoff AFC Champions League. Anda sememangnya layak menang dalam perlawanan malam ini selepas bermain dengan sungguh cantik.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!