Harga Minyak Februari 2017

1 75

Harga Minyak Februari 2017. Setiap akhir bulan pasti mendatangkan debaran kepada setiap rakyat Malaysia. Debaran bak menanti akad nikah. Debaran menantikan pengumuman harga minyak yang baru bagi bulan hadapan.

Kerajaan baru sahaja mengumumkan harga minyak Februari 2017. Rupanya kerajaan yang sebelum ini menafikan minyak RON95 akan naik sebanyak 15 sen, akan menaikkan kepada 20 sen.

Agak pelik juga kenapa harga minya Februari 2017 naik sebanyak 20 sen sedangkan harga minyak sedunia menunjukkan penurunan.

Harga minyak Februari 2017 adalah seperti berikut:

harga minyak februari 2017

Untuk rekod, pada satu ketika dahulu harga minyak dunia pada harga USD150 per barrel, harga minyak kita adalah RM2.30 per liter. Tetapi sekarang harga minyak dunia adalah USD55 per barrel, harga minyak kita juga RM2.30 per liter. Cuba kita bayangkan berapa agaknya harga minyak kita jika harga petrol kembali ke USD150 per barrel.

Agak sinonim juga, selepas mengumumkan tarikh pengeluaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kerajaan mengumumkan pula kenaikkan harga minyak.

Rakyat yang selama ini dibebankan dengan pelbagai kenaikkan harga barang, sekali lagi akan terbeban dengan kenaikkan harga minyak ini. Selepas ini kita hanya boleh tunggu dan lihat sahaja kesan sampingan daripada kenaikkan harga minyak ini.

Apapun Nasi Tambah mengharapkan kerajaan dapat mengawal kenaikkan barang keperluan lain supaya pengguna biasa tidak ditindas dan mengurangkan kesengsaraan rakyat.

You might also like More from author

1 Comment

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!