Hakikat Sebenar Admin Fanpage Jawatan Kosong

0 252

Pernah tak anda terfikir apa kerja sebenar seorang admin Fanpage Jawatan Kosong yang banyak ada di dalam Facebook sekarang?

Mungkin ada juga berfikir seperti Nasi Tambah sebelum ini di mana selama ini Nasi Tambah fikir sebagai admin sesebuah fanpage jawatan kosong, sudah tentu mereka ini orang yang mempunyai kerjaya yang hebat. Ye la kan, dah post pelbagai jenis jawatan kosong kerajaan dan swasta, dah tentu mereka juga mempunyai kerjaya yang hebat.

Hakikat sebenar yang Nasi Tambah buat tinjauan membongkar apa  sebenar kerjaya mereka ini.

Sebentar tadi, salah seorang admin Nasi Tambah buat penyamaran untuk bertanya kepada salah satu Facebook Fanpage dan pertanyaan itu dijawab oleh salah seorang admin Fanpage Jawatan Kosong terbabit.

admin fanpage jawatan kosong

Ini adalah pengakuan ikhlas daripada admin terbabit.

Pada mulanya Nasi Tambah agak terkejut juga. Bagaimana ini boleh terjadi.

Bagaimana admin Fanpage Jawatan Kosong masih tidak bekerja?

Setelah disoal berulang kali dan beberapa kali juga admin terbabit cuba mengubah topik, akhirnya beliau menceritakan perkara sebenar.

Kerjaya Sebenar Admin Fanpage Jawatan Kosong

Menurut beliau, tindakan beliau menghasilkan beberapa fanpage jawatan kosong adalah sebab minat.

Kata beliau:

Ramai yang masih tidak tahu wujudnya banyak jawatan kosong di jabatan kerajaan dan swasta kerana kurangnya hebahan dibuat oleh agensi dan syarikat terbabit. Jadi jadi tanggung jawab saya untuk hebahkan kepada ramai orang lagi supaya kita tidak dengar lagi orang susah nak dapat kerja.

Beliau sanggup habiskan masa seharian untuk membuat carian kepada beberapa laman web kerajaan untuk mencari iklan jawatan kosong yang diletakkan oleh agensi terbabit.

Apabila beliau dapati ada sahaja  iklan, terus beliau akan update kepada beberapa fanpage  jawatan kosong miliknya. Tinjauan yang dibuat oleh Nasi Tambah, setiap post yang dibuat dalam fanpage tersebut mendapat banyak like dan share, ini bermakna setiap follower fanpage terbabit amat responsif dan menyokong usaha beliau.

Nasi Tambah cuba jugak korek rahsia bagaimana beliau jana pendapatan apabila tidak bekerja, tetapi malangnya beliau masih tidak bersedia untuk kongsi. Jangan risau, nanti kalau ada masa Nasi Tambah akan buat temujanji dengan beliau untuk korek lagi rahsia bagaimana cara admin terbabit buat kerja.

Nasihat Nasi Tambah, jika anda masih tidak mempunyai pekerjaan, anda juga boleh buat carian melalui Facebook. Taip sahaja ‘Jawatan Kosong’, banyak fanpage akan keluar. Anda tak perlu risau sebab fanpage tersebut adalah percuma dan hanya buat hebahan jawatan kosong yang memang betul-betul ada.

Jika anda terjumpa fanpage yang meminta bayaran, anda boleh lupakan sahaja fanpage tersebut.

Selamat mencari kerja.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!