Tambah Bukan Sebarang Tambah

Final Piala FA Kedah vs Pahang

0 185

Bahang aksi perlawanan final Piala FA antara Kedah bertemu Pahang di Stadium Shah Alam Sabtu ini semakin dirasai.

Jika selebriti Janna Nick mewakili Kedah dan Fazura mewakili negeri Pahang, anda pula sokong yang mana?

Bagi Nasi Tambah, sebagai anak jati Kedah, sudah tentu berpihak kepada #teamjannanick.

Walau apapun, Nasi Tambah mengharapkan perlawanan yang menarik ditunjukkan kedua-dua pasukan.

final piala fa

 

Jom tengok video yang disediakan oleh Mstar.com.my

Aksi perlawanan akhir Piala FA dijangka sengit apabila kedua-dua pasukan bakal menunjukkan kemampuan masing-masing.

Kedah yang dibimbing oleh pemangku Ketua Jurulatih, Nidzam Adha dilihat mempamerkan kepelbagaian teknik, teknik hantaran pendek dan long ball yang memerangkap Terengganu dalam perlawanan separuh akhir yang lepas.

Pahang pula dibimbing oleh Dollah Saleh mempunyai pasukan berpengalaman dan mempunyai teknikal yang mantap.

Nasi Tambah sudah tidak sabar lagi menunggu detik perlawanan final Piala FA tahun ini.

Tak kiralah anda team Janna Nick ataupun team Fazura, ehh team Kedah atau team Pahang, jom memberikan sokongan anda kepada pasukan pilihan anda.

Kalau anda ke stadium Shah Alam Sabtu ini, diharapkan anda dapat mengawal perasaan anda dan tidak buat sebarang provokasi terhadap pasukan lawan agar kita dapat melihat perlawanan yang bagus dengan semangat kesukanan yang tinggi.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!