Tambah Bukan Sebarang Tambah

Fattah Amin Menjawab Bila Dikatakan Bakal Bertunang Dengan Neelofa

0 170

Kisah percintaan antara Fattah Amin dan Neelofa mula diperkatakan sejak bermulanya drama Suri Hati Mr Pilot hinggalah ke hari ini masih hangat diperkatakan. Kisah percintaan mereka berdua ini mendapat perhatian ramai peminat sehingga wujudnya hashtag mereka sendiri #lofattah.

Terkini, muncul khabarnya mereka berdua ini bakal bertunang pada tahun ini.

Jawapan Fattah Amin

Ketika ditanya kebenaran berita ini Fattah Amin menafikannya dengan mengatakan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan hubungan diantara Neelofa dan beliau.

Tiada majlis pertunangan atau sebarang berita yang hendak saya umumkan. Bagaimana cerita seperti ini boleh timbul sedangkan saya tidak pernah memberi apa-apa kenyataan mengenai hubungan saya dengan Neelofa. Apa yang saya boleh katakan kepada semua, doakanlah yang baik-baik untuk saya. Insya-Allah jika ada, saya akan umumkan kepada semua.

Fattah Amin ketika menjelaskan hal ini berkata, antara beliau dan Neelofa masih berkawan seperti biasa dan mereka bakal digandingkan sekali lagi dalam sebuah drama bersiri tidak lama lagi.

Kami masih berkawan seperti biasa dan tiada masalah untuk bekerjasama. Insya-Allah dalam bulan Mac nanti kami akan bergandingan bersama dalam sebuah drama bersiri. Bagaimanakah jalan ceritanya saya masih belum boleh beritahu lagi kerana ia masih dalam proses perbincangan.

Komen kami di Nasi Tambah, seperti apa yang diperkatakan oleh Fattah Amin, apa yang kita orang luar ni boleh buat adalah doakan yang terbaik hubungan antara beliau dan Neelofa. Hubungan yang tidak menentu ini membuka kembali peluang kepada lelaki yang masih single di luar sana untuk memenangi hati Neelofa. Best Man Win. hehehe..

Ramai peminat mereka berdua ingin melihat mereka bercinta dan seterusnya kekal sepanjang hanyat tetapi itu semua adalah bergantung pada jodoh antara mereka berdua. Bak kata pepatah, kalau dah jodoh tak ke mana.

Harapan impian peminat untuk melihat mereka berdua bercinta mungkin dapat menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Sama-sama kita tunggu dan lihat sahaja ke mana hubungan mereka berdua ini. Biarkan saja mereka tentukan masa depan mereka.

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!