Cara Mendaftar Untuk Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

0 32

Kami menerima banyak feedback berhubung dengan artikel kami sebelum ini bertajuk ‘Kerja Dari Rumah Dengan ilancee‘.

Ramai yang berminat dengan kerja dari rumah dengan ilancee tetapi kurang faham bagaimana cara untuk mendaftar dan bermula.

Untuk yang tidak tahu, iLancee adalah satu laman web yang menyediakan pusat jual beli servis online yang menumpukan kepada orang Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Ia sama seperti servis yang ditawarkan oleh web luar negara, Fiverr.com cuma laman web ini lebih fokus kepada 4 negara yang terbabit.

Untuk keterangan lanjut berkaitan bagaimana nak cara Kerja Dari Rumah Dengan iLancee, anda boleh klik link di bawah.

Mesti Baca: Cara Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Dalam artikel ini saya akan terangkan bagaimana anda boleh bermula jana pendapatan melalui iLancee dalam 10 minit dari sekarang.

Pendaftaran Untuk Memulakan Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

1- Untuk bermula anda perlu membuat pendaftaran melalui laman web: www.ilancee.com dan klik link ‘Daftar’ di sebelah atas kanan.

kerja dari rumah dengan ilancee

2- Masukkan email terbaik anda dan klik teruskan

kerja dari rumah dengan ilancee

3- Masukkan username dan password. Tick dekat ‘Saya terima terma dan syarat’ dan klik daftar

kerja dari rumah dengan ilancee

4- Semak email anda untuk mengesahkan pendaftaran anda dengan klik pada ‘Confirm Link’ di dalam email anda.

kerja dari rumah dengan ilancee

5- Anda akan terima email di bawah selepas mengesahkan pendaftaran anda.

kerja dari rumah dengan ilancee

6- Dashboard yang akan anda lihat selepas login ke iLancee

kerja dari rumah dengan ilancee

7- Perkara pertama yang perlu anda lakukan selepas login kali pertama ke akaun anda adalah dengan lengkapkan profile anda. Ini bertujuan untuk menarik minat pencari servis untuk beli servis dari anda. Klik dekat bahagian ‘Edit profil anda’ di sebelah kiri.

kerja dari rumah dengan ilancee

8- Isikan ke semua maklumat dengan lengkap

kerja dari rumah dengan ilancee

9- Jangan lupa isikan juga maklumat berkaitan akaun pembayaran anda untuk pihak iLancee transfer bayaran yang sudah dibuat pelanggan.

kerja dari rumah dengan ilancee

10- Untuk mula meletakkan servis anda dalam iLancee, anda boleh klik pada ‘Jual Servis’ di sebelah atas kanan.

kerja dari rumah dengan ilancee

11- Ada beberapa pilihan pakej untuk anda pilih. Untuk bermula anda boleh pilih pakej standard seller dengan harga RM25 terlebih dahulu. Sebagai standard seller anda boleh meletak 5 servis anda.

kerja dari rumah dengan ilancee

Lengkapkan maklumat servis anda. Letakkan penerangan ringkas dan menarik untuk membolehkan bakal pembeli tertarik untuk mendapatkan servis dari anda.

kerja dari rumah dengan ilancee

Anda boleh membuat pilihan samada untuk membayar online atau tolak terus daripada baki akaun anda.

kerja dari rumah dengan ilancee

Selepas bayaran anda disahkan, servis anda akan mula muncul dalam senarai servis iLancee. Tunggu sahaja tempahan daripada pelanggan atau anda juga boleh buat hebahan mengenai servis anda kepada rakan.

Sebagai mana yang saya maklumkan sebelum ini, servis iLancee adalah selamat untuk anda gunakan dan dapat menarik minat pencari servis untuk langgan dengan servis anda.

Peluang sudah dibuka dan sekarang hanya tinggal anda sahaja untuk bertindak untuk sertainya atau tidak.

kerja dari rumah dengan ilancee

Contest iLancee ini telah dianjurkan oleh ahmadFaiz.com dan ditaja oleh SM Creative Studio, Semanis Kurma, Bina Blog Sendiri, Best Autoresponder, Panduan Bisnes Ebook, Buat Duit Blog, Best Hosting, Affiliate Malaysia, Poslaju TrackingInfobiz FB Ads, BinMuhammad, Seri Nian Blogger, Hiburan Sabah

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!