Tambah Bukan Sebarang Tambah

Cara Buat Duit Dengan Grabcar

0 3,502

Bagi yang baru sahaja mendaftar sebagai pemandu Grabcar, tentu anda tertanya-tanya bagaimana cara buat duit dengan Grabcar ni.

Untung ke jadi pemandu Grabcar?
Adakah sama seperti yang selalu diiklankan oleh pihak Grabcar.

Sebenarnya, berapa banyak pendapatan anda semasa menjadi pemandu Grabcar bergantung kepada cara dan kehendak anda sendiri. Tak kiralah anda buat secara full time ataupun part time.

Setiap pemandu lama Grabcar mempunyai cara dan kefahaman mereka tersendiri. Ada yang hanya mengejar jumlah fare(tambang) yang tinggi dan akan abaikan job dekat dan ada yang tak kisah fare murah atau mahal, asalkan ada job untuk kejar insentif yang ditawarkan oleh pihak Grabcar.

Samada anda sekarang buat Grabcar secara full time ataupun part time, anda boleh cuba amalkan cara buat duit dengan Grabcar ini

Tapi sebelum itu, bagi yang masih tak tahu, apa itu GrabCar?

Mungkin ada yang bertanya2 apa itu GrabCar? GrabCar atau Nama Apps dia adalah Grab adalah applikasi telefon yang digunakan untuk membuat booking dan menerima booking untuk sesuatu perjalanan dengan kata lain e-Hailling Ride atau Sharing Ride.

Baca juga: Nasihat ikhlas buat pengguna Grabcar dari pemandu Grabcar

Bagaimana nak daftar jadi pemandu Grabcar?

Mudah saja. Pendaftaran boleh dibuat secara online.

Anda boleh terus klik link ini: https://www.grab.com/my/driver/

Bagaimana Grabcar berfungsi?

cara buat duit dengan grabcarOk, anda dah faham apa itu Grabcar, bagaimana nak daftar dan bagaimana ianya berfungsi. Jom kita baca selanjutnya bagaimana cara buat duit dengan Grabcar.

Cara Buat Duit Dengan Grabcar

Anda boleh pilih samada anda nak amik job dengan fare yang tinggi sahaja dan abaikan job yang fare rendah (bawah RM 10). Jika anda memilih cara ini, anda perlu pastikan peratusan AR (Acceptance Rate) anda tidak jatuh bawah 30. Sekiranya jatuh bawah 30, bersedialah dapat SMS cuti selama-lamanya dari pihak Grabcar.

Jadi apa itu Acceptance Rate ni?

cara buat duit dengan grabcarMereka yang memilih fare yang tinggi ini biasanya tidak kisah menunggu di beberapa tempat strategik yang biasanya mendapat rider (penumpang) yang gemar membuat perjalanan jauh.

Bagi yang tidak gemar memilih fare dan menunggu terlalu lama, anda boleh terima sahaja job yang dapat tak kira jauh atau dekat, anda boleh dapat insentif yang ditawarkan oleh pihak Grabcar.

Berikut merupakan 2 program insentif yang ditawarkan oleh pihak Grabcar.

cara buat duit dengan grabcar

Untuk layak menyertai program Ambassador (atau dikenali sebagai abam Sado), anda perlu melepasi syarat berikut (Nota: ini adalah untuk pemandu di lembah Klang sahaja. Untuk negeri lain, anda boleh rujuk dalam blog pemandu grab)

cara buat duit dengan grabcar

Jika anda tidak layak sertai program abam Sado nie, anda akan diletakkan secara automatik ke dalam program Grab Pro

cara buat duit dengan grabcar

Anda juga perlu memenuhi syarat berikut dalam program Grab Pro

cara buat duit dengan grabcar

Nota: Jadual insentif ini untuk pemandu di Lembah Klang sahaja. Untuk negeri lain, anda boleh rujuk laman blog pemandu Grabcar.

Ini screenshot pendapatan yang boleh anda dapat melalui Grabcar dalam 1 minggu.

cara buat duit dengan grabcar

Ok ni ada tips daripada otai pemandu Grabcar bagaimana untuk buat calculation untuk pemandu Grabcar

25% Komisen Grabcar
25% Tol/minyak
10% Maintance Kereta
40% Untung Bersih

Misal kata fare hari tu 150

calculation :
25% Komisen Grabcar : RM37.50
25% Tol/minyak : RM37.50
10% Maintanence Kereta : RM15
40% Untung Bersih : RM 60 (belum masuk insentif kalau berjaya complete block)

Tips untuk part time: milage dah 150km terus balik
(estimate 1 job 10km maximum)
(always ask rider “do you know some shortcut here”?) selalunya rider ramai tahu

Makan minum?? Anda bawak air sendiri dari rumah. Bawa 1.5 liter. Kalau nak buang rasa lapar rendam dengan lemon, makanan anda kene rajin masak sendiri kalau malas beli roti fibre memang bagi tenaga.

Rasanya tak perlu nak makan mewah.

Anda cuba buat seminggu cara ni insya Allah. Pemilihan job pun penting. Masa petang tu cuba try main insentif. Block pukul 5 petang sampai 7 malam.

Cuba amalkan tips-tips yang diberikan ini ya.

Ok sebelum habis, apa komen anda mengenai request dari rider ni:

cara buat duit dengan grabcar

cara buat duit dengan grabcar

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!