Tambah Bukan Sebarang Tambah

Cara Buat Burger Homemade Yang Sedap

0 86

Ramai ibu ada masalah bila nak suruh anak makan nasi. Anak-anak sekarang ramai yang lebih gemarkan fast food seperti nugget, burger dan spagethi. Ini mendorong isteri saya buat searching cara buat burger homemade dalam internet.

Ye la kan, sekarang nak beli yang dah ready made tu bukannya murah. Selain tak murah, kita pun tak tau apa yang dia letak dalam makanan tu. Bukan semuanya sihat dimakan selalu.

Bukan setakat anak, saya pun kadang-kadang dah jemu makan nasi. Sesekali nak juga bertukar selera mat saleh.. hehehe

Ok dah bersedia nak belajar cara buat burger homemade?

Ini adalah resepi hasil carian di internet. Isteri saya ada ubah sikit-sikit untuk bagi kena dengan tekak keluarga kami. Anda juga boleh cuba sendiri nanti.

Cara Buat Burger Homemade

Resepi ni mudah dan sihat. Jadi, selepas ini dah tak perlu lagi beli burger yang dah ready made di kedai lagi.

Lebih terjamin kebersihan sebab buat sendiri kan?

BAHAN-BAHAN

Anda perlukan bahan-bahan di bawah:

  • 2 ketul dada ayam @ daging
  • 2 ketul kentang @ carrot
  • 2 biji telur
  • 1 labu bawang besar
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu kecil lada putih
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil hilal @ kiub ayam
  • 1 sudu kecil serbuk soda *
  • 3 sudu kecil tepung gandum *
  • 2 sudu kecil tepung ubi*

Cara Buat Burger Homemade – Step By Step

  1. Kisarkan semua bahan di atas kecuali yang bertanda *.
  2. Campurkan semua bahan yang dikisar tadi dengan bahan yang bertanda * dan gaul dengan sebati
  3. Masukkan bahan yang dah digaul tadi ke dalam bekas acuan untuk menggoreng telur. Kalau boleh lapik bahagian bawah bahan dalam acuan tersebut dengan plastik.cara buat burger homemade
  4. Setelah siap dibentuk, rehatkan sekejap dalam 5-10 minit dan kukuskan daging tersebut selama 15-20 minit. Semasa ini daging burger tu dah terbentuk
  5. Sejukkan dalam peti sejuk. Anda juga boleh simpan dalam freezer jika tak mahu masak burger tersebut.
  6. Bakar daging burger tersebut seperti biasa.

Jadi, bagaimana?

Mudah tak nak buat burger homemade?

Untuk hidangan, anda boleh tambah letak timun, tomato, salad atau cheese seperti di kedai. Gerenti sedap.

Nanti dah cuba share pengalaman anda ya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!