Cara Beli Rumah Second Hand, step by step
Pernah tak terfikir nak beli rumah sendiri?
Sampai bila kita nak menyewakan? Sebab daripada bayar sewa untuk bayar rumah orang, lebih baik bayar untuk rumah sendiri kan.
Perasaan takut ketika beli rumah pertama itu perkara biasa. Tapi jika kita terlalu mengikut perasaan takut tu, sampai bila-bila pun takkan dapat beli rumah sendiri.
Mereka yang kurang yakin ketika membeli rumah adalah disebabkan kurangnya ilmu asas dalam proses jual beli rumah.
Baca artikel ini sampai habis supaya anda ada ilmu asas proses belian rumah ini.
Dalam artikel ini saya ada menceritakan berkaitan proses membeli rumah subsale (rumah second hand) dari prose mula sampai dapat kunci rumah.
Baca: 8 Tips Lulus Loan Beli Rumah
Cara Beli Rumah Second Hand
Langkah 1: Pilih rumah
Ini adalah langkah yang amat penting. Kalau boleh, pilih rumah yang dekat dengan tempat kerja dan mempunyai kemudahan asas seperti masjid, sekolah, kedai, pengangkutan awam dan sebagainya.
Anda boleh buat research melalui laman web jual beli rumah seperti propwall.my, mudah.my, belowbankvalue.com dan sebagainya.
Ada banyak laman web yang menyediakan laman carian rumah subsale ini.
Langkah 2: Tandatangan LOA (Letter of acceptance) atau letter of offer
Apabila anda sudah membuat pilihan rumah yang anda minati, anda perlu tandatangan surat LOA ini. Biasanya disediakan oleh ajen hartanah.
Tapi sebelum tandatangan, pastikan agen tersebut berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah Malaysia (LPPEH atau BOVAEA).
Langkah ini amat penting kerana ada banyak kes penipuan sekarang ini. Nanti sia-sia saja duit anda dilarikan macam tu saja.
Langkah 3: Booking fee
Bayar booking fee untuk rumah tersebut, biasanya 2 atau 3% daripada harga rumah.
Dan jangan lupa cuba negotiate dengan ajen hartanah tersebut tempoh sign SPA (Sales & Purchase Agreement) ke 21 hari bekerja. Biasanya tempoh ini adalah 14 hari.
Bukan apa, kadang-kadang proses pinjaman lulus adalah lambat, jadi kalau dilanjutkan kepada 21 hari, anda ada banyak masa untuk cari bank.
Selagi loan tak lulus, anda tidak boleh sign SPA.
Pastikan anda bayar booking fee terus dengan syarikat hartanah atau lawyer.
Jangan buat pasal bayar kepada individu, tak kira laa ejen hartanah ataupun owner rumah tu sendiri.
Langkah 4: Minta bukti pemilikan rumah daripada owner
Anda perlu pastikan owner rumah tersebut sign juga LOA.
Anda juga kena pastikan dapat salinan SPA rumah asal daripada owner rumah tersebut.
Langkah 5: Pinjaman Bank
Bawak LOA yang dah ditandatangan tersebut untuk memohon pinjaman bank.
Kalau boleh pastikan mohon dengan minimum 4 bank supaya ada backup dan anda boleh buat pilihan bank yang mana beri tawaran yang terbaik.
Langkah 6: Peguam
Cari peguam yang boleh dipercayai dan boleh buat kerja.
Peguam yang ada kepakaran boleh memudahkan kerja anda. Minta mereka siapkan SPA untuk anda.
Langkah 7: Tandangan SPA
Tandangan SPA tetapi pastikan anda dapat paling kurang 1 loan yang dah approve dahulu.
Ingat ya, ini PENTING.
Jangan tandatangan sebelum anda dapat loan walaupun anda disuruh oleh ajen.
Langkah 8: Bayar baki 7%
Anda perlu bayar baki downpayment 7% sebelum tandatangan SPA.
Kalau di langkah 3 tadi anda hanya bayar 3% untuk booking, anda perlu jelaskan baki 7% tersebut untuk cukup 10% downpayment sebelum tandatangan SPA.
Langkah 9: Follow up dengan peguam
Selepas anda sudah bayar downpayment 10%, anda perlu kerap buat follow up dengan peguam anda kerana biasanya bank akan ambi masa 3 hingga 6 bulan untuk bayar kepada penjual baki yang tertunggak tersebut.
Dengan kerap follow up dengan peguam, anda dapat pastikan supaya peguam tak tidur dan kes urusan jual beli kita ada kemajuan.
Langkah 10: Lepas bank bayar
Selepas bank sudah bayar baki belian kepada penjual, peguam anda akan uruskan proses pengambilan kunci rumah.
Langkah 11: Tunggu dapat kunci
Biasanya anda dah boleh terus masuk rumah selepas dapat kunci. Ada juga kes di mana anda perlu tunggu owner rumah yang lama selesai kosongkan rumah terlebih dahulu.
Rumah tersebut sudah jadi milik anda sekarang.
Ok boleh faham tak setakat ini?
11 langkah ini adalah asas dalam urusan beli rumah.
Dalam proses jual beli rumah ini, penting juga untuk anda tahu berapa kos guaman yang biasa dikenakan peguam.
Anda boleh rujuk di bawah ya:
- Untuk hartanah bernilai RM150,000 pertama = Kos guaman 1%.
- Untuk hartanah bernilai RM850,000 berikutnya = Kos guaman 0.7%.
- Untuk hartanah bernilai RM2,000,000 berikutnya = Kos guaman 0.6%.
- Untuk hartanah bernilai RM2,500,000 berikutnya = Kos guaman 0.4%.
- Untuk hartanah bernilai lebih RM7,500,000 = Kos guaman boleh dirunding. Tapi tak boleh lebih daripada 0.4%.
Saya nak tanya anda.
Kalau saya bagitahu anda boleh beli rumah tahun depan tanpa perlukan banyak modal, anda minat tak nak tahu?
Anda cuma perlu ikut sahaja apa mereka yang dikira otai dalam bidang hartanah Malaysia buat.
Ini bukan cakap kosong ya.
Mereka semua ni semua dah berpengalaman dan sudah beberapa kali beli rumah denagn modal yang minima.
Ada yang siap dapat duli lebih lagi.
Minat?
Klik link di bawah tanpa ragu-ragu:
[+] Ebook “TAKDE DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?”