Tambah Bukan Sebarang Tambah

Buat Duit Dengan Affiliate di Malaysia

0 22

Buat duit dengan affiliate? Boleh ke tu?

Ramai sebenarnya tercari-cari cara yang betul untuk buat duit dengan affiliate. Buat duit dengan affiliate boleh jadi mudah jika kena dengan cara anda pasarkannya.

Tapi sebelum kita mulakan, adakah anda faham apa itu sebenarnya affiliate?

Affiliate ialah merupakan satu program/bentuk perniagaan di mana, anda hanya perlu buat promosi dan menarik bakal pelanggan ke laman web pengelola program affiliate tersebut. Anda akan mendapat komisen sekiranya ada orang membeli melalui link yang anda berikan. Semua urusan pembelian dan support lepas jualan akan dikendalikan oleh pihak pengelola.

Anda tidak perlu mengeluarkan modal untuk membeli dan menyimpan produk.

Mudah bukan?

Anda tak perlu pening kepala untuk uruskan tempahan, penghantaran produk dan sebagainya kerana ini adalah kerja pihak pengelola.

Ok jadi sekarang anda sudah faham apa itu affiliate, jadi whats next?

Kejayaan anda untuk buat duit dengan affiliate adalah bermula dengan pemilihan produk yang betul. Kalau boleh biarlah produk tersebut kena dengan jiwa anda dan anda faham sepenuhnya berkaitan produk tersebut.

Sebabnya mudah, apabila anda faham sesuatu produk tersebut, anda akan faham bagaimana cara untuk mempromosikan produk, di mana nak promosikan produk dan dapat menjawab pertanyaan bakal pembeli dengan mudah.

Buat Duit Dengan Affiliate di Malaysia

Antara platform atau pengelola program affiliate Malaysia yang anda boleh sertai adalah Klikjer dan Infokerjaya Resources.

Klikjer mempunyai pelbagai jenis produk yang boleh anda pilih dan anda boleh sertai dengan segera, manakala Infokerjaya Resources (IKR) merupakan pengeluar rujukan peperiksaan dan panduan kerjaya graduan dan penyertaan untuk program affiliate IKR anda ekslusif.

Kedua-dua program affiliate ini secara konsisten membayar komisen kepada agen affiliate mereka mencecah 5 angka setiap kali program affiliate dilancarkan.

Bukti pendapatan agen affiliate Infokerjaya Resources

buat duit dengan affiliate

Anda boleh lihat sendiri betapa lumayan jualan yang dijana melalui affiliate ni. Percaya tak anda jika saya katakan jumlah jualan ni adalah hanya dalam 4 hari?

Percayalah jangan tak percaya. Saya sendiri merupakan salah seorang daripada mereka yang berada di dalam senarai ini. Saya nombor berapa? Biarlah rahsia..  hehehe

Selain daripada Klikjer dan Infokerjaya resources, anda juga boleh sertai banyak lagi program affiliate di Malaysia dengan membuat carian di dalam laman Facebook.

Ok sekarang anda faham apa itu affiliate dan di mana nak cari program affiliate di Malaysia. Sekarang bagaimana cara nak promosi link affiliate anda.

Kebanyakkan top affiliate yang saya kenal, mereka membuat promosi dengan menggunakan pemasaran email. Ini adalah kerana cara ini lebih mudah untuk memberi penerangan berkaitan sesuatu produk dan seterusnya menyakinkan bakal pelanggan terhadap sesuatu produk tersebut.

Selain email, cara pemasaran terbaru yang saya lihat adalah dengan menggunakan perisian Whatsapp dan Telegram. Ini adalah kerana  kedua-dua perisian ini membolehkan kita berada lebih dekat dengan bakal pelanggan kita.

Oh ya, bagaimana cara nak kumpul senarai email dan nombor telefon untuk Whatsapp?

Anda boleh gunakan blog, Facebook Ads atau Google Adwords.

Kejayaan promosi dan jualan sesuatu affiliate itu bergantung kepada strategi anda untuk promosi. Seperti mana yang saya maklumkan di awal artikel ini, anda perlu pilih produk affiliate yang dekat dengan jiwa anda untuk membolehkan anda merancang strategi untuk promosi.

Bagaimana jika saya nak belajar promosi program affiliate?

Ada banyak ebook tempatan yang menerangkan cara promosi produk affiliate tetapi antara yang sangat saya cadangkan adalah ebook keluaran Oswald Justin.

Beliau merupakan antara affiliate tempatan yang amat berkebolehan dalam mempromosi bukan sahaja produk affiliate tempatan malah produk affiliate keluaran luar negara.

Anda boleh pilih produk beliau berikut:

1-  Panduan Affiliate Simple Tapi Power

buat duit dengan affiliate

2- Reveal Funnel Case Study Affiliate Guna Email Marketing

Jika anda berminat nak dapatkan kedua-dua ebook ini, saya berjaya pujuk beliau untuk sediakan harga diskaun.

Klik di bawah ini jika anda berminat nak dapatkan kedua-dua ebook ini dengan harga combo

Ebook Kejayaan Affiliate

buat duit dengan affiliate

Apa yang diperlukan oleh anda sebagai affiliate marketer ialah beberapa pengetahuan asas dan kemahuan untuk berjaya. Anda tidak perlu risau jika anda tidak mempunyai pengalaman dalam pemasaran online kerana di Internet terdapat begitu banyak sumber-sumber maklumat berkaitan dengannya

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!