Tambah Bukan Sebarang Tambah

Berbuka Di Masjid, Apa Hikmahnya?

0 202

Berbuka di Masjid. Ramai di antara kita memandang rendah mereka yang berbuka di masjid.

Low class lah… orang yang malas masak lah..

Pelbagai lagi alasan dan cakap-cakap belakang mengutuk mereka yang berbuka di masjid.

Jom kita ikuti perkongsian oleh salah seorang jutawan kenapa beliau berbuka di masjid.

Kalau nak ikutkan beliau takda masalah untuk berbuka di mana-mana sahaja termasuk di hotel 5 bintang.

TARAF JUTAWAN.. KENAPA TAK MASAK? KENAPA BERBUKA DI MASJID

Soalan ni saya terima semalam di post berkenaan saya berbuka di masjid dan tak masak untuk keluarga,

Datangnya dari seorang puan budiman dari Terengganu yang baik hati bertanya secara terbuka,

Dan saya dapati ada yang dalam diam juga tertanya2… alhamdulillah ramai nak tahu.

Saya nak share kisah yang bermula pada tahun 2012. Tahun itu, saya belum lagi buat bisnes. Hanya makan sahaja produk tapi tak buat bisnes.

Satu hari dalam bulan Ramadhan 2012, jutawan Tuan haji Roslan Ghazali ajak bincang tentang peluang bisnes di Hotel De’Palma Ampang, saya hadir bersama mak sedara saya.

Sewaktu berbincang, jam sudah menunjukkan pukul 5 petang. Saya bertanya kepada tuan haji jutawan ini :

” Tuan sempat ke nanti nak balik berbuka? Berbuka di sini ya”

Beliau jawab :

“InshaaALLAH sempat, saya dan keluarga tak berbuka di rumah atau hotel, bulan puasa kami semua ke masjid setiap kali berbuka”

Saya kehairanan lalu bertanya kenapa

Beliau menjawab :

” Waktu berbuka adalah waktu paling mustajab doa, tapi kat rumah orang sibuk nak siap makan berbuka, sibuk nak layan anak, sibuk nak layan macam-macam … tengok2 dah azan..RUGI..! ”

” Setakat ni saya tengok, semua doa yang saya mintak masa dekat nak berbuka, alhamdulillah makbul. Saya minta ALLAH bagi 40 Master Coordinator, salah satunya saya minta masa nak berbuka, selain di Makkah, alhamdulillah MAKBUL..”

*” RUGI sangat kalau waktu berbuka kita sibuk pasal makan, sedangkan msa tu ALLAH sangat nak kabulkan doa orang yang puasa “*

Tambah beliau dalam loghat Utara campur Kelantan….

” Kalau di masjid, makanan ada AJK sediakan, kita FOKUS DOA, di masjid saya ajak anak-anak berdoa setengah jam sebelum berbuka. Doaalah sampai menangis, mengalir air mata, sampai dengar azan Maghrib .. “*

“Spend sikit duit untuk sedekah ke masjid untuk belanja orang berbuka masa Ramadhan, pahala puasa dia kita dapat, pahala dia tak kurang sikit pun… ALLAHu akbar….” kata beliau lagi….

“Buatlah kakyong.. inshaaALLAH lain you rasa…dan inshaaALLAH apa hajat you akan tercapai…inshaaALLAH ” Akhiri beliau

Saya senyap sepanjang perbualan.

Tergamam dengan hidayah yang ALLAH bagi melalui tuan jutawan Haji Roslan Ghazali

Satu perasaan sebak menyelinap dalam hati.

Beliau seorang jutawan, tiada masalah untuk beliau mendapatkan hidangan mewah 5 bintang di hotel-hotel terkemuka atau menyediakan makanan lazat untuk seisi keluarga berbuka puasa semasa Ramadhan

Tapi beliau memilih untuk mengajak ahli keluarga “mengejar” bonus rahmat ALLAH yang ALLAH sediakan seluasnya saat hampir waktu berbuka…..

Saya terbanding diri saya dengan beliau…

Saya rasa malu pada ALLAH waktu itu,

Ya memang setiap kali berbuka saya sibuk dengan persiapan dan finishing last minit, buah lah, air lah, kuih tak potong lagi lah, tuang nasi lah.

memang hal kecil-kecil ni tak sengaja menyibukkan saya setiap kali berbuka di rumah sendiri….

Lalu akhirnya saya decide untuk CHANGE

1) Saya DECIDE untuk berbuka di masjid pada Ramadhan tahun itu juga. Untuk menggalakkan saya ke masjid, saya DECIDE untuk jangan masak untuk berbuka kerana bila ada makanan, ada CUSHION untuk saya beralasan untuk tidak ke masjid

2) Saya DECIDE untuk pindah ke rumah yang dekat dengan masjid, alhamdulillah ALLAH kabulkan doa ini, yang saya minta saat menjelang waktu berbuka.

Inilah sejarahnya kenapa saya akhirnya telah 4 tahun tak memasak di rumah untuk anak-anak berbuka.

Terima kasih tuan jutawan Haji Roslan atas tarbiyah yang tuan sisipkan….

Sampai hari ni saya amalkan, berlimpah ruahlah pahala buat tuan….

Semoga sharing saya ni menjawab persoalan tentang kenapa saya memilih untuk tidak masak untuk anak-anak berbuka sebaliknya menumpang KASEH di rumah ALLAH….

Saya bukanlah orang yang banyak amal soleh plus dosa pula sangat banyak sampai tak tertanggung,

Ramadhan ni lah nak harap rahmat ALLAH bagi bonanza pahala pada mana2 amal soleh yang DIA suka dan redha bila saya buat….

Saya berdoa agar setiap amal soleh saya diterima.

Menarikkan perkongsian hamba Allah ini?

Jadi menjelang Ramadhan yang bakal tiba ni, jom kita bertekad untuk berubah dengan berbuka di masjid. Tapi jangan lah datang dengan tangan kosong ya… Bawaklah serba sedikit makanan untuk dikongsi bersama.

Banyak pahala beri makan orang yang berpuasa.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!