Berapa Loan Rumah Yang Boleh Dipinjam Oleh Fresh Graduate

0 100

Tahniah, loan rumah anda lulus. Tentu perkara ini menjadi berita yang menggembirakan, betul tak?

Siapa yang tak nak tinggal di rumah sendiri. Perkara ini menjadi impian setiap orang terutamanya mereka yang baru graduate dan bakal mendirikan rumah tangga.

Lupakan dulu beli kereta baru. Tumpukan dulu untuk beli rumah sendiri.

Pada masa sekarang ramai yang sudah mempunyai kesedaran untuk memiliki rumah terlebih dahulu sebelum beli kereta.

Cuma kekangan yang dapat kita lihat sekarang adalah susah untuk pihak bank untuk luluskan loan rumah anda. Polisi loan rumah semakin ketat.

Apa yang anda boleh lakukan?

Dalam perkongsian artikel pada kali ini, Nasi Tambah ingin berkongsi bagaimana anda nak tahu bagaimana ada boleh tahu berapa loan yang anda boleh apply. Lepas tak kalau nak apply loan RM500,000 walau gaji anda ciput?

Selain daripada persediaan dokumen, anda wajib tahu cara pengiraan loan rumah yang anda nak beli.

Sebab kami lihat ramai yang suka main apply jer tanpa persedian ilmu yang cukup.

Bila permohonan loan kantoi, mula laa salahkan pegawai bank tak tahu buat kerja.

Macam mana nak lulus kalau apply loan RM700,000 dengan gaji RM2,800 sebulan?

Salah satu sebab utama kenapa ramai yang gagal nak lepas loan adalah kerana jumlah yang mereka apply tersebut melebihi kemampuan bayaran balik.

Ada je cara yang kita boleh buat untuk elakkan masalah ni, dan buatkan bank approve permohonan loan rumah korang dengan senang.

Teruskan baca artikel sampai habis.

Jadi bagaimana pengiraan loan rumah?

Kita ambil RM2,800 sebagai gaji permulaan untuk graduate Ijazah yang baru mula bekerja.

Ok jom mula…

Apa perkara pertama yang patut anda tahu?

Pertama sekali anda perlu tahu cara kira Debt Service Ratio (DSR). Setiap bank mempunyai kadar DSR maksimum berlainan.

Kadar DSR seperti di bawah:

CIMB
Gaji bawah RM3,000 = 60%.
Gaji RM3,000 hingga RM7,000 = 75%.
Gaji atas RM7,000 = 85%.

Maybank
Gaji bawah RM3,500 = 40%.
Gaji atas RM3,500 = 70%.

Affin Bank
Gaji bawah RM5,000 = 60%.
Gaji atas RM5,000 = 80%.

BSN
Gaji bawah RM3,000 = 60%.
Gaji atas RM3,000 = 75%.

DSR ini yang akan menentukan berapa jumlah maksimum yang anda boleh pinjam.

Kalau tinggi daripada DSR memang agak susah bank nak luluskan loan rumah anda.

Bank guna gaji kasar atau gaji bersih untuk kira DSR?

Ok kita ambil contoh CIMB. Kita gunakan 75% DSR maksimum yang CIMB tetapkan.

Eh kejap, sebelum tu anda perlu tahu terlebih dahulu berapa gaji bersih anda selepas tolak EPF, SOCSO dan cukai.

Ada bank yang kira berdasarkan gaji kasar dan ada bank yang kira berdasarkan gaji bersih. Ini kena tanya pihak bank.

Tapi yang paling selamat adalah kira DSR menggunakan gaji bersih anda.

Formula untuk kira gaji bersih

Gaji bersih = Gaji kasar – EPF, SOCSO, Cukai
Gaji kasar – (14% X Gaji kasar)
RM2,800 – (14% X RM2,800)
Gaji bersih = RM2,408

Apabila dah dapat gaji bersih barulah kita boleh kira segala komitmen yang ada seperti:

  • loan kereta
  • loan ASB
  • kad kredit
  • personal loan

Komitmen lain selain daripada hutang dengan bank anda tak perlu masukkan dalam pengiraan.

Ok kita ambil contoh anda perlu bayar hutang seperti di bawah:

Kereta = RM450
Motosikal = RM200
Total = RM650

Ini penentu berapa banyak jumlah yang anda layak pohon

Ini formula untuk kira kelayakkan maksimum anda

Anggaran kelayakan maksimum = [(DSR Maksimum X Gaji Bersih) – Komitmen] X 200

Jadi contoh pengiraan adalah seperti berikut

DSR Maksimum CIMB = 75%.
Gaji Bersih = RM2,408.
Komitmen = RM650.
[(75% X RM2,408) – 650] X 200 =
Anggaran kelayakan maksimum = RM231,200

Maknanya anda layak apply harga rumah maksimum RM231,200.

Jom kita kira pulak berapa ansuran bulanan yang anda perlu bayar:

RM231,200 / 200 =
Ansuran bulanan = RM1,156

Jadi sekiranya anda beli rumah tersebut, anda perlu bayar RM1,156 sebulan.

Ini adalah contoh pengiraan bagi pinjaman selama 35 tahun atau sehingga umur 70 tahun.

Boleh lagi ke dapat rumah harga RM231,200 tu sekarang?

Boleh jer kalau kita rajin cari. Contohnya rumah lelong.

Sekiranya anda baru mula bekerja, elok beli rumah ikut kemampuan terlebih dahulu. Nanti bila dah ada simpanan yang cukup baru grow big.

Jadi apabila dah tahu cara pengiraan ini baru senangkan?

Anda akan rasa lebih yakin apabila nak memohon loan rumah nanti.

SHARE artikel ini pada kawan-kawan atau sedara mara anda.

Atau, anda nak belajar lebih mendalam macam mana nak kasi loan rumah 100% confirm lulus?
Bank confirm approve loan rumah anda kurang 3 minggu. Janji buat semua yang diajar dalam eBook ini

Anda takde pengalaman apply loan? Pembeli pertama kali?

Dari bab dokumen penting yang anda wajib sediakan, hingga ke cara kasi CCRIS dan CTOS cun, ada kat dalam eBook ni.

Klik link bawah ni untuk beli sekarang. Harga bakal naik pada bila-bila masa.

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK “STRATEGI CONFIRM LULUS LOAN RUMAH” <<<

loan rumah

 

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!