Tambah Bukan Sebarang Tambah

Beli Rumah Pertama Atau Kereta Dulu. Jom Baca 4 Perkara Orang Muda Wajib Tahu

0 334

Siapa yang tak nak beli rumah pertama kan? Terutamanya mereka yang baru sahaja graduate dan baru dapat kerja.

Bila sudah bekerja ini, mesti ramai yang tertunggu-tunggu akhir bulan. Tunggu apa lagi, tunggu gaji la. Rasa puas bila dapat gaji dari hasil titik peluh kita selama sebulan.

Biasanya orang muda lebih berminat nak beli kereta dahulu berbanding beli rumah pertama mereka.

Ye lah kan, tengok kawan-kawan lain berkereta Honda, Toyota, diri sendiri pun tentunya ada keinginan jugak.

Jadi sebelum anda buat keputusan muktamad samada nak beli kereta atau beli rumah pertama anda, jom baca artikel ni khas untuk anda.

Besar kemungkinan anda akan berubah fikiran daripada beli kereta pertama kepada beli rumah pertama.

Jom kita tengok apa beza kelebihan beli rumah atau kereta.

beli rumah pertama

Jadual ni belum cukup lengkap tapi anda boleh ambil ini sebagai gambaran apa yang anda boleh bayangkan untuk memilih di antara dua.

Anda boleh lihat apa kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Nak bayar downpayment kereta takda la mahal sangat. Bila dah ada kereta nanti, bertambah senang anda nak ke mana-mana.

Anda juga boleh buat part time Uber atau GrabCar, boleh juga buat untuk cover bayaran bulanan kereta atau hutang PTPTN.

Yang tak bestnya pakai kereta adalah apabila nilai kereta tersebut menyusut dan akan kena beli baru juga satu hari nanti.

Tapi kalau rumah pulak, nilainya akan sentiasa meningkat. Dan biasanya, anda hanya perlu beli sekali je (kecuali kalau anda plan nak upgrade rumah).

Cuma nak bayar pendahuluan tu, tak nafikan memang tinggi nilainya. Dan anda jugak terikat dengan bayaran ansuran bulanan untuk satu tempoh yang lama.

Anda tetap kena bayar jumlah ni, walaupun ekonomi berubah atau jadi tak stabil.

Ada orang kata, baik lagi berjimat dan beli rumah. Tak kurang jugak yang cakap, bila dah cukup duit down payment nanti, harga rumah pulak dah melambung tinggi.

Atas sebab ni, ramai yang buat keputusan untuk beli kereta dulu berbanding rumah.

Beli rumah bukan perkara ringan. Kena komited 100%

Dah tentu takde satu pun jawapan yang betul atau salah dalam hal ni.

Walaupun ramai guru kewangan akan cakap “baik lagi beli rumah,” tapi tak ramai yang betul-betul bersedia untuk bagi 100% komitmen untuk perkara ini.

Ni belum lagi masuk cerita kalau ada masalah kewangan yang kronik, seperti kena buang kerja, dipotong gaji, dan sebagainya.

Senang cerita, rumah perlukan komitmen yang amat besar berbanding kereta, walaupun kedua-duanya adalah pilihan yang babitkan duit yang banyak.

Kalau anda serius nak selamat, tanya diri anda dengan soalan kat bawah ni untuk buat keputusan yang bijak.

Beli Rumah Pertama Atau Kereta Pertama, Mana Lebih Baik

1 : “Mana satu yang patut anda utamakan?”

Kalau anda boleh duduk sekali dengan mak ayah atau sewa rumah pada kadar yang murah (kongsi dengan beberapa kawan), tapi kena naik turun pengangkutan awam untuk ke tempat kerja, beli kereta boleh jadi satu pilihan yang baik.

Sebaliknya, kalau anda nak bina kerjaya dan keluarga, menyewa untuk jangka masa panjang boleh jadi tak cost-effective.

Kalau anda perlukan kedua-duanya? Cuba jawab soalan seterusnya pulak…

2 : “Ikut akal, atau nafsu?”

Anda dah simpan duit yang cukup untuk bayar duit muka? Dah kaji sama ada anda betul-betul mampu nak tanggung bayar ansuran rumah?

Biasa la, manusia. Semua benda dia nak, tapi hakikatnya, tak mampu pun!

Periksa dulu tahap kewangan anda. Dah periksa, baru buat keputusan berdasarkan kemampuan anda tu. Jangan sekali-kali ikut nafsu je.

3 : “Mana satu gaya hidup pilihan anda?”

Bagi sesetengah orang, menyewa bukan satu masalah. Tapi rasa tak kuasa nak gunakan pengangkutan awam.

Dan tak bermakna kalau anda pilih beli kereta, anda TAKKAN tak mampu beli rumah.

Cuma, ia akan memakan masa lebih sikit nak kumpul duit muka rumah bila anda dah mula berhutang. Kalau nak cepat, kena rajin cari duit lebih. Usaha tu kena ada.

4 : “Anda tak pernah berhutang?”

Nak dapatkan pinjaman rumah, lebih banyak hal berbanding mendapat kelulusan pinjaman kereta.

Dan sebab tu, anda kena ada rekod hutang yang baik. Ada kala, tak pernah berhutang pun, bank susah nak bagi lepas anda punya loan application.

Kenapa jadi macam ni? Bank takde rekod tentang cara anda bayar hutang.

Jadi, ada bagusnya juga kalau anda ada pinjaman kereta atas nama anda, yang boleh tunjukkan anda rajin dan bayar tepat pada masanya.

Boleh nak ada dua-dua sekaligus. Tapi yang penting…

Setiap orang ada gaya hidup dan kehendak yang berbeza. Jadi, takde formula hitam putih dalam menentukan apa yang wajar anda lakukan.

Sebab ramai je yang boleh memiliki kedua-dua kereta dan rumah, tapi masih cukup makan dan tak nampak papa kedana.

Dan biasanya, anda beli rumah bukan atas nama seorang. Anda boleh harapkan pasangan hidup untuk berkongsi beban hutang itu.

Yang penting adalah mengambil kira kemampuan, supaya boleh teruskan kehidupan berkeluarga dengan selesa.

Anda perlu kaji apa yang patut secara serius dan buat pilihan bijak. Kedua-duanya pun hutang, boleh jadi baik dan boleh juga jadi buruk.

Tak salah pun nak beli dua-dua. Tapi kalau nak senang tanggung hutang tu, anda kena buat kerja lebih sikit la.

Cuma, pertimbangkan dulu risiko yang akan ditanggung dan tahap kewangan semasa anda.

Jadi buatlah keputusan bijak sama ada beli rumah pertama atau beli kereta pertama dahulu. Jawapannya ada pada anda sendiri.

Hanya anda boleh buat keputusan berdasarkan kemampuan kewangan anda.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!