Apa Beza Penutup Botol Air Mineral

0 269

Pernah tak anda terfikir apa beza warna penutup botol air mineral?

Ramai sebenarnya yang masih tak tahu beza warna yang ada pada penutup botol air mineral tu. Contohnya macam saya, selalu juga wife pesan, kalau nak beli air mineral, pilih penutup botol berwarna hijau atau biru sahaja. Masa mula-mula saya pun pelik dan tak tahu sebab apa dia suruh macam tu.

Sampailah satu hari, saya terbaca 1 artikel dalam surat khabar mengenai perkara ini.

Jom kita baca.

Beza Warna Penutup Botol Air Mineral

Warna Biru

Ini menandakan air di dalam botol tersebut diperolehi daripada sumber air bawah tanah. Air tersebut di pam naik dan seterusnya melalui proses penyulingan untuk memastikan kebersihan sebelum ianya dibotolkan.

Warna Putih

Ini merupakan air paip biasa yang telah melalui proses penyulingan. Bahan kimia ditambah sebelum air ini dibotolkan untuk memastikan kebersihan air tersebut. Air yang mempunyai penutup putih ini juga dikenali dengan label air minuman ataupun ‘drinking water’. Harganya lebih murah berbanding air yang penutup biru.

Warna Hijau

Yang penutup hijau tu Air mineral semulajadi. Air ni diambil khas dari dalam tanah dan mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi. Kandungan mineral dan lokasi tempat pengambilan mesti ada tertera di label botol tersebut.

Ok sekarang dah tahukan apa beza air mineral dengan penutup warna berbeza ini.

Pilihlah dengan bijak.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!