Anugerah Puskas 2016, Tahniah Faiz Subri

0 56

Pemain sensasi Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri berjaya memenangi Anugerah Puskas 2016 FIFA yang diumumkan pada Malam Anugerah FIFA di Zurich, Switzerland.

Kemenangan anugerah Puskas 2016 ini sudah dijangka kerana hasil daripada jaringan ajaib hasil daripada sepakan percuma dalam Liga Malaysia.

Sepakan ajaib itu disifatkan sebagai menentang hukum fizik kerana bola yang melencong ke kanan dan mengelirukan penjaga gol.

Assalamualaikum, itulah ucapan pertamanya, ketika memulakan ucapannya selepas menerima trofi yang disampaikan oleh lagenda bola sepak Brazil, Ronaldo.

Dengan kemenangan anugerah Puskas 2016 ini meletakkan Faiz Subri sebaris dengan bintang bola sepak dunia yang lain yang pernah memenangi anugerah yang sama seperti Cristiano Ronaldo, Neymar, Zlatan Ibrahimovic dan James Rodriguez.

puskas

Faiz berjaya mengecewakan calon lain dalam kategori yang sama iaitu Marlone dari Brazil dan Daniuska Rodriguez, pemain bola sepak wanita Venezuela.

Kemenangan ini adalah hasil daripada undian peminat bola sepak di seluruh dunia. Sepakan percuma ajaib Faiz Subri mendapat perhatian seluruh dunia selepas dimuat naik oleh FIFA dan mendapat jumlah view sebanyak lebih 1 juta.

Pemain kelahiran Air Hitam Kedah ini mencipta sejarah selaku pemenang dari Asia yang pertama memenangi anugerah dalam kategori ini dan disifatkan sepakan terbaik dunia sebaris dengan Roberto Carlos, Lionel Messi dan Neymar

Kami di Nasi Tambah ingin mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada Faiz Subri kerana membuka mata peminat bola sepak seluruh dunia terhadap bola sepak Malaysia. Diharapkan ini bukanlah kali terakhir orang Malaysia memenangi anugerah ini.

Kemenangan ini diharapkan menjadi sumber inspirasi kepada semua rakyat Malaysia untuk memajukan diri dalam permainan bola sepak dan seterusnya dapat mewakili kelab-kelab ternama dunia.

Dilaporkan Faiz Subri juga mengintai terhadap tawaran kelab-kelab bolasepak Eropah untuk melebarkan lagi kemahiran beliau. Nasi Tambah doakan supaya Faiz Subri berjaya mendapat tempat di mana-mana kelab di Eropah nanti.

Senarai pemenang Anugerah Puskas FIFA

2009: Cristiano Ronaldo

2010: Hamit Altintop

2011: Neymar

2012: Miroslav Stoch

2013: Zlatan Ibrahimovic

2014: James Rodriguez

2015: Wendell Lira

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!