Tambah Bukan Sebarang Tambah

Amaran Untuk Admin Group Whatsapp

0 1,361

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan garis panduan peringatan kepada admin group Whatsapp berhubung apa yang patut dan tidak dilakukan.

Garis panduan itu dikeluarkan susulan laporan sebelum ini admin group Whatsapp berdepan tindakan undang-undang jika gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamatan negara.

Dalam laman web rasminya (www.mcmc.gov.my), SKMM menggariskan 12 panduan peringatan terhadap admin group Whatsapp mengenai apa yang patut dan tidak patut dilakukan.

Garis Panduan Admin Group Whatsapp

Apa yang patut dilakukan

  • Maklumkan kepada semua ahli kumpulan, sebab utama group Whatsapp diwujudkan dan boleh mewujudkan peraturan asas.
  • Prihatin terhadap peraturan/syarat-syarat yang digariskan
  • Menegur posting/komen setiap ahli group untuk memastikan perbincangan berada dilandasan yang betul
  • Sentiasa semak posting/komen setiap ahli group
  • Mempertimbangkan untuk kick atau block mereka yang tidak mematuhi peraturan group
  • Bekerjasama dengan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan

Perkara yang tidak patut dilakukan

  • Menjadi admin yang tidak aktif/senyap
  • Melanggar standard komuniti/garis panduan yang telah ditetapkan oleh penyedia platform (Facebook, Whatsapp, Telegram)
  • Menggalak, menghasut atau bersubahat terhadap posting/komen yang jelik
  • Membenarkan perbincangan luar daripada topik
  • Takut untuk bertegas dengan troll atau dengan individu yang secara berterusan melanggar peraturan asas
  • Menganggu/menghalang siasatan yang sedang dilakukan oleh pihak berkuasa

Garis panduan yang dikeluarkan oleh SKMM ini tidak terhad kepada group Whatsapp sahaja. Ia juga meliputi Facebook, Instagram, Telegram dan lain-lain media sosial.

Jadi amacam?

Ada tak admin group Whatsapp yang baca artikel ini?

Apa pendapat anda?

Dah bersedia untuk kick atau block ahli group anda yang selalu dok posting benda yang fitnah dan troll tu?

Bagi Nasi Tambah, mencegah lebih baik. Pastikan anda kenal setiap ahli group anda dan singkirkan mereka yang anda tidak kenal atau yang selalu post gambar atau perkara yang troll. Nanti tak pasal-pasal anda yang kena menjawab.

Jangan pulak selepas dah kena nak salahkan orang lain pulak ya. Ambil tindakan apa yang patut sekarang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!