Tambah Bukan Sebarang Tambah

Akta Syarikat 2016 Permudah Urus Perniagaan

0 227

Akta syarikat 2016 yang telah diluluskan di Parlimen bagi menggantikan Akta Syarikat 1956 akan lebih memudahkan tatacara menjalankan perniagaan di negara Malaysia.

Mula berkuat kuasa sejak 31 Januari 2017 secara berperingkat, Akta Syarikat 2016 bakal membawa banyak perubahan utama yang mengawal penubuhan, operasi, penamatan dan perarturan syarikat di Malaysia.

Perubahan dalam akta baru itu juga bakal mengubah cara syarikat beroperasi selain pada masa sama melengkapkan Suruhanjaya Syarikat Malaysa (SSM) untuk mengawal dan menyelia kominiti korporat agar mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif bagi Malaysia.

Satu dari perubahan utama yang kami lihat adalah pengenalan konsep untuk menubuhkan syarikat hanya dengan satu pemegang saham dan seorang pengarah bagi memudahkan perniagaan.

Selain itu, akta baru ini juga akan memperkenalkan langkah mempermudahkan peraturan untuk membolehkan syarikat beroperasi dengan lebih efisien.

Contohnya, mesyuarat agong tahunan tidak lagi perlu dibuat syarikat swasta, sebaliknya resolusi boleh dibuat melalui resolusi edaran sepenuhnya.

Bagi memudahkan Akta Syarikat 2016, Peraturan-peraturan Syarikat 2017 dan Akta Skim Kepentingan 2016 turut berkuat kuasa.

Perarutan-peraturan Syarikat 2017 menggariskan cara dan bagaimana sesebuah syarikat membuat penyerahan simpanan dokumen dengan SSM dan yuran yang berkaitan.

Akta Skim Kepentingan 2016 pula merupakan platform alternatif untuk syarikat mengumpulkan dana melalui penawaran skim kepentingan kepada pihak awam.

Anda boleh download Akta Syarikat 2016 dengan klik button di bawah

Akta Syarikat 2016

Dengan adanya akta yang baru ini, Nasi Tambah harapkan semakin banyak syarikat dapat lebih maju dan berdaya saing.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!