Tambah Bukan Sebarang Tambah

9 Jawapan Ringkas untuk Soalan Temuduga Kerja Yang Sukar

0 13,237

Temuduga kerja umpama anda bermain permainan strategi. Penemuduga adalah pemegang kunci kepada pintu dan anda perlu mempunyai strategi yang betul untuk membuka pintu tersebut untuk membolehkan anda mendapat pekerjaan tersebut.

Di bawah adalah antara soalan temuduga kerja yang biasanya memerangkap calon temuduga tak kira temuduga kerja kerajaan ataupun temuduga kerja swasta.

Soalan Susah Temuduga Kerja

1. Apa pendapat anda berkaitan risiko dan kelemahan untuk jawatan yang dipohon ini?

Jawapan: Saya berpendapat dengan kedudukan HQ berada bukan di negeri ini, ada kemungkinan besar saya tidak dapat berinteraksi secara langsung dengan ketua jabatan saya. Tetapi dengan adanya kemudahan terkini seperti email, telephone dan whatsapp perkara ini tidak akan menjadi masalah besar.

Baca Juga: 4 Tips Temuduga

2. Jadi, adakah anda memberitahu saya bahawa, selepas berpengalaman selama bertahun-tahun dalam bidang anda sekarang, anda bersedia untuk bermula semula dari bawah semata-mata untuk bekerja di sini?

Jawapan: Kadang-kadang, kita perlu melangkah kebelakang untuk mengangkat semula kerjaya kita. Bermula sebagai seorang pekerja bawahan memberikan saya peluang untuk mempelajari mengenai bisnes syarikat ini dari bawah ke atas. Kerjaya saya pada masa sekarang adalah terlalu berbeza dengan syarikat ini, jadi saya amat hargai peluang untuk bermula semula dengan syarikat ini. Saya tidak ada masalah jika gaji yang saya dapat adalah lebih kecil berbanding gaji saya sekarang.

3. Kenapa anda terlalu lama anda sudah tidak bekerja dan kenapa anda nak mencari kerja sekarang?

Jawapan: Saya terpaksa berhenti kerja kerana perlu menjaga anak saya yang masih kecil kerana suami saya bekerja di luar kawasan. Dalam masa tak bekerja tersebut saya amat merindui suasana di pejabat.

4. Apakah kelemahan anda yang paling utama yang anda tidak boleh sembunyikan?

Jawapan: Saya adalah seorang yang kurang penyabar. Saya selalu nak anak buah saya buktikan kebolehan mereka pada kali pertama. Jika mereka gagal, saya akan berhenti memberikan tugas kepada mereka dan buat semuanya sendiri. Tetapi pada masa sekarang, saya cuba kurangkan masalah ini dengan bagi tahu awal-awal lagi kepada anak buah saya apa yang saya nak daripada mereka.

5. Apa yang akan anda buat sekiranya anda nak ambil perempuan bekerja di bawah anda dan anda sudah ada calon yang sesuai tetapi bos anda nak anda ambil seorang lelaki?

Jawapan: Saya akan cadangkan supaya kita buat ‘on-site test’ dengan ambil kedua-dua bekerja selama 1 bulan secara tidak tetap dan beri mereka buktikan kebolehan mereka dalam masa tersebut.

6. Adakah anda lebih baik jika ‘managing up’ atau ‘managing down’?

Jawapan: Jika anda tidak boleh bekerja secara ‘managing up’ anda tidak akan ada peluang untuk ‘managing down’. Saya lebih kepada seorang yang boleh menjaga masa dan cara kerja saya dengan tersendiri. Saya tidak pernah tidak menepati deadline.

7. Jika syarikat anda mengeluarkan produk X tetapi pasaran pada masa tersebut tidak menerima produk tersebut, apa yang akan anda buat?

Jawapan: Saya akan mencari pasaran baru untuk produk tersebut dan akan mengarahkan bahagian pembangunan produk untuk mencari jalan untuk menukarkan produk tersebut kepada kebolehpasaran.

8. Bilakah anda fikir anda akan mencapai kemuncak dalam kerjaya anda?

Jawapan: Saya bermula daripada bawah dan masih mempunyai minda yang aktif. Tidak pernah terfikir saya akan mencapai kemuncak dalam kerjaya saya. Walaubagaimanapun, saya fikir adalah penting untuk mempunyai pengetahuan yang lebih dalam bidang kerjaya yang kita ceburi.

9. Adakah anda akan mengambil tempat saya jika diterima bekerja?

Jawapan: Mungkin dalam 20 tahun lagi, tetapi pada masa itu saya rasa tuan pun sudah ada syarikat sendiri dan memerlukan seorang yang setia dan berkebolehan untuk ambil tempat tuan sekarang.

Ini adalah contoh soalan temuduga kerja yang boleh dikatakan susah untuk dijawab jika anda tidak bersedia. Anda boleh ubah suai jawapan mengikut kepada situasi semasa temuduga kerja tersebut.

Nak tak panduan temuduga kerja kerajaan yang anda boleh juga untuk temuduga kerja swasta?

Apa yang terkandung dalam ebook ini?

  • Anda perlu tahu apakah 4 tindakan yang harus anda lakukan sebelum menghadiri temuduga. Tanpanya persediaan temuduga anda akan menjadi tempang!
  • Tahukah anda dengan hanya memakai pakaian tertentu, anda boleh mendapat markah free 5% dengan begitu sahaja.
  • Bagaimana melatih diri anda menjadi hebat berkata – kata di hadapan panel penemuduga dan terus memukau mereka? Anda akan ketahuinya…
  • Cuak disoal dalam bahasa Inggeris. Ketahui bagaimana anda dapat kuasai bahasa tersebut dalam masa singkat khas untuk temuduga…
  • Bagaimana nak jangkakan soalan – soalan yang bakal disoal semasa temuduga? Ikuti beberapa teknik mudah yang diajarkan dalam ebook ini.
  • Anda tidak dipanggil – panggil temuduga? Ketahui 7 sebab utamanya. Selapas ini Insyallah anda akan dipanggil!
  • Anda ada ijazah, bolehkah anda apply jawatan yang perlukan SPM saja? Tahukah anda, silap percaturan, anda pulang kosong saja.
  • Bila anda disoal sebegini ” Kenapa kami patut pilih anda bagi jawatan ini?”. Apakah patut anda jawab? Ketahuilah soalan – soalan paling killer yang pasti anda dapat jawab selepas ini.
  • Dan banyak lagi rahsia yang tidak muat kami nyatakan di sini. Semuanya terkandung dalam ebook ini!

Jadi tanggungjawab Nasi Tambah untuk berkongsi sesuatu yang baik untuk semua pembaca tegar blog Nasi Tambah. Klik link di bawah untuk ketahui lebih lanjut berkaitan ebook yang terbaik ini berkaitan panduan dan tips temuduga.

>> Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan <<

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!