8 Tips Mudah Lulus Loan Bank Untuk Beli Rumah

0 416

Ramai yang ingin beli rumah tetapi ramai yang sangkut dekat loan bank.

Baca sampai habis untuk lihat apa kreteria yang bank lihat semasa permohonan loan anda.

Pada masa sekarang, bank bukan senang-senang je luluskan permohonan loan anda untuk beli rumah, tak seperti dulu. Sekarang ni, terlalu banyak perkara yang mereka lihat sebelum luluskan permohonan anda.

Rumah dan pinjaman rumah – Bagai aur dengan tebing

Sekiranya anda ingin terlibat dalam pelaburan hartanah, loan bank adalah perkara yang amat penting.

Sehingga ada yang katakan, pelaburan hartanah dan loan bank tidak dapat dipisahkan, bagai aur dengan tebing atau seperti kata P Ramlee, irama dan lagu tidak dapat dipisahkan… hehehe

Penting untuk anda tahu bagaimana nak atasi masalah ini dan bagaimana nak mudahkan bank luluskan pinjaman beli rumah anda.

beli rumah

Minat nak tahu caranya?

Teruskan bacaan anda.

Mudah lulus loan bank untuk beli rumah

Baca: Cara Beli Rumah Second Hand

Tips 1: Pastikan jumlah simpanan anda di bank cukup

Bank amat suka dengan mereka yang mempunyai simpanan yang cukup dalam akaun.

Jadi, bagaimana nak tau cukup ke tak?

Kalau boleh, pastikan anda mempunyai simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan untuk bayar installment rumah tu.

Nak lagi bagus, ada simpanan 1 tahun installment rumah.

Anda juga boleh attach sekali buku ASB atau Tabung Haji.

Tips 2: Pastikan ada tinggal sedikit baki dalam akaun gaji setiap bulan

Anda kena pastikan akaun bayaran gaji anda mempunyai baki setiap bulan. Tinggal RM50 saja dah cukup.

Jangan pula sampai tengah bulan baki cuma tinggal RM10 saja, yang ni memang kacau.

Kalau jadi macam ni memang susah bank nak luluskan pinjaman tu.

Kalau anda jenis yang suka transfer duit gaji ke akaun lain, anda boleh attach sekali bukti transfer tersebut untuk pihak bank tengok.

Tips 3: Guna kad kredit dengan berhemah

Ini adalah perkara yang pertama bank akan tengok.

Kalau boleh, elakkan guna sehingga cecah 70% daripada credit limit. Lagi rendah lagi bagus.

Pastikan juga anda buat bayaran lebih daripada minimum payment. Kalau sekali sekala bayar minimum payment takpa.

Tapi kalau setiap bulan anda hanya bayar 5% (minimum payment), memang sakit sikit bank nak approve loan anda.

Bank akan lihat cara anda guna kad kredit tersebut.

Tips 4: Pastikan rekod CCRIS anda bersih

Apa maksud rekod bersih ni?

Bank akan suka dan akan luluskan 100% loan anda jika hanya ada nombor ‘0’ sahaja dalam rekod CCRIS anda. Jika ada selain nombor tu memang akan susah sikit.

Pastikan anda bayar sebelum due date semua hutang anda dengan bank.

Pastikan juga periksa item nombor 2 dalam rekod CCRIS anda (bahagian ‘special attention account’). Jika anda mempunyai sebarang rekod berada dalam bahagian ini, anda perlu habiskan dahulu. Jika dah habiskan, beri release letter kepada pegawai bank yang anda apply tersebut.

Di dalam CCRIS juga ada rekod ‘application on credit’ iaitu item number 3. Dalam bahagian ini mempunyai rekod berapa banyak bank anda apply untuk loan rumah tu.
Kalau apply terlalu banyak bank dalam 1 masa pun akan ada masalah. Jadi pastikan hanya apply kurang dari 3 bank ya.

Tips 5: Elakkan memajak emas sebelum amik loan rumah

Kalau ada ada buat pajakan emas di Ar-Rahnu, rekod ini akan ada dalam CCRIS. Semua pajakan di Ar-Rahnu sudah masuk dalam rekod CCRIS bermula tahun 2010.

Berdasarkan pengalaman saya, jika anda ada rekod Ar-Rahnu, ini menyumbang kepada negatif. Rekod ini boleh menjadikan skor kita rendah dan seterusnya akan memberi kesan kepada pemohonan pinjaman anda.

Jadi sekiranya anda sudah buat pajakan di Ar-Rahnu, pastikan rekod anda bersih ya.

Tips 6: Attach sekali bayaran setiap loan yang anda buat

Kenapa saya kata macam tu?

Ini akan memudahkan kerja pegawai bank tersebut. Bila dia dah suka, lagi senang hati dia nak periksa permohonan anda.

Dengan adanya dokumen ini, ia akan memudahkan juga pengiraan DSR dan pegawai bank boleh terus beri cadangan kepada anda pakej mana yang terbaik.

Tips 7: Pastikan sediakan dokumen lengkap 100%

Pastikan anda sediakan semua dokumen atau surat menyurat yang related dan lengkap 100% sebelum hantar permohonan pinjaman anda ya.

Jika anda ada pendapatan sampingan selain daripada gaji anda, lampirkan sekali semasa permohonan tersebut.

Lampirkan sekali segala macam jenis loan yang anda ada dan surat daripada pihak bank.

Sekali lagi saya ingatkan, bagi dokumen yang related saja. Ada kes yang saya tau, pemohon ada attach sekali segala sijil yang dia ada termasuk sijil SPM. Anda jangan buat lawak macam tu ya. Orang bank takda masa nak melawak dengan anda macam tu.

Sebelum hantar, pastikan semua dokumen adalah yang dikemaskini.

Tips 8: Pastikan anda layak

Yang ni paling penting. Pastikan pendapatan anda layak dan mempunyai lebihan untuk buat pinjaman tersebut.

Periksa dengan bank dahulu sebelum hantar permohonan tersebut.

Jika tidak anda akan buang masa anda dan masa pegawai bank tersebut.

Satu lagi seperti yang saya terangkan dalam tips 7, pastikan semua dokumen yang anda nak bagi tu mempunyai salinan fotostat. Pastikan semua dokumen yang dah fotostat tu terang dan boleh dibaca. Kalau tak anda menyusahkan diri dan pegawai bank tersebut.

beli rumah

Ok sekian 8 tips kasar untuk buat loan bank untuk beli rumah. Ini adalah penerangan secara ringkas.

Untuk yang lebih detail, anda boleh bertanya terus dengan pihak bank yang anda ingin buat pinjaman tersebut.

Ok saya nak tanya anda.

Kalau saya bagitahu anda boleh beli rumah tahun depan tanpa perlukan banyak modal, anda minat tak nak tahu?

Saya ada jumpa satu ebook yang menghimpunkan 16 otai dunia hartanah yang berpengalaman dalam urusan jual beli rumah.

Anda cuma perlu ikut sahaja apa mereka yang dikira otai dalam bidang hartanah Malaysia buat.

Ini bukan cakap kosong ya.

Mereka semua ni semua dah berpengalaman dan sudah beberapa kali beli rumah denagn modal yang minima.

Ada yang siap dapat duit lebih lagi.

Minat?

Klik link di bawah tanpa ragu-ragu:

[+] Ebook “TAKDE DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?”

beli rumah

 

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!