Tambah Bukan Sebarang Tambah

7 Punca Masalah Graduan Menganggur

0 48

Kebanyakkan majikan pada masa sekarang menyatakan bahawa graduan menganggur yang ada pada masa sekarang mempunyai masalah yang sama sahaja rentaknya.

Jika anda tergolong dalam golongan graduan menganggur ini, anda perlu ambil tahu apa punca masalah dan realiti yang berlaku hari ini supaya anda dapat keluarkan diri daripada golongan graduan menganggur ini.

Berikut merupakan hasil kajian yang dibuat oleh Jobstreet terhadap golongan graduan menganggur yang ada di Malaysia.

7 Punca Utama Graduan Menganggur

 

1- Lemah penguasaan bahasa Inggeris: 56%

Ini merupakan masalah utama graduan pada masa sekarang. Ramai yang saya lihat ada masalah ini terutamanya graduan yang lahir dari universiti awam. Masalah ini kurang bagi graduan universiti swasta di mana mereka sudah biasa menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan kelas mereka.

2- Sikap diri sendiri yang teruk: 37%

Apabila pihak kami mengkaji sendiri, apakah masalah sikap yang dinyatakan ini. Sikap yang dinyatakan sebagai teruk ini adalah seperti tidak mempunyai adab ketika temuduga, tidak mahir dalam komunikasi secara profesional, dan tidak mempunyai persediaan yang rapi menghadapi dalam menghadapi temuduga.

Sikap begini yang dilabel sebagai satu sikap yang teruk. Mengambil mudah dalam sesuatu perkara.

3- Minta gaji yang melampau tinggi: 33%

Jika anda seorang fresh graduate, anda perlu ukur baju di badan sendiri. Ada sesetengan rakan saya  yang bekerja sebagai pegawai HR bagi tahu, kebanyakkan fresh graduate meletakkan gaji yang terlalu tinggi.

Bayangkan seorang fresh graduate perakaunan minta gaji setinggi RM 5,000 sebulan.

Logik tak?

Anda kena fahami, anda bersaing dengan ratusan graduan yang lain dan mereka yang mempunyai pengalaman yang sedang mencari kerja.

Apakah beza calon fresh graduate dan mereka yang berpengalaman?

Demand Gaji.

Jika calon fresh graduate memohon gaji yang tidak realisitik. Sah-sah memang anda akan ditolak permohonannya.

4- Tiada kemahiran yang dikehendaki pasaran kerja: 30%

Pada masa sekarang terdapat terlalu banyak graduan yang grade dalam bidang yang kurang permintaan dalam pasaran.

Anda boleh lihat dalam link di bawah ini, bidang yang tinggi permintaan dalam pasaran..

https://www.studymalaysia.com/education/top-stories/the-most-in-demand-jobs-in-malaysia-2015-2016

 5- Terlalu memilih kerja dan syarikat: 28%

Buat graduan baharu, tiga tahun pertama untuk anda collect sebanyak mana pengalaman yang anda boleh.

Jangan terlalu memilih kerja kerana ia satu persaingan yang sangat sengit buat waktu sekarang ini. Terima sahaja kerja yang mampu memberikan diri anda nilai tambah yang baik. Don’t make people pay for your time, but make people pay you by your VALUE.

6- Tiada kemahiran menyelesaikan masalah: 26%

Kemahiran seperti critical thinking juga ramai yang tidak mahir. Jika dilihat kenapa ia berlaku. Graduan-graduan seperti ini tidak pernah melibatkan diri dalam aktiviti di dalam Universiti. Hanya fokus kepada ilmu dan pengetahuan tanpa menghiraukan soft skills yang lain.

Sebenarnya, waktu di universiti lah calon perlu mengambil peluang untuk mengasah soft skills mereka untuk menjadi lebih baik.

7- Tahap pengetahuan yang lemah: 24%

Pengetahuan ini besar aspeknya, ia boleh merangkumi pengetahun am dan umum dalam memastikan kebolehpasaran graduan untuk mengisi kekosongan jawatan yang telah ditawarkan.

Kajian yang diberikan oleh Jobstreet ini bukanlah satu petunjuk di mana kita mahu “pointing a finger” mana-mana pihak, tetapi kita kena tahu realitinya. Anda kena keluar dari ‘LOOP’ graduan yang bermasalah seperti ini supaya anda menyedarinya dengan lebih awal dan mengambil tindakan untuk mengubahnya.

Kita bukan mahu bercerita untuk mendapatkan pekerjaan dan terima gaji sahaja. Kita mahu graduan pergi lebih jauh dalam setiap kerjaya yang diceburi. Mahu ataupun tidak, kita kena kenal pasti masalah yang dihadapi dan sedaya upaya untuk selesaikannya.

graduan menganggur

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!