7 Cara Pilih Kasut Wanita Yang Selesa

0 31

Wanita dan kasut umpama irama dan lagu. Mungkin ia kedengaran seperti kelakar tapi hakikatnya, ia adalah realiti. Pemilihan kasut wanita amat penting untuk memastikan keselesaan pemakainya.

Minat menyebabkan ramai penggemar fesyen menyimpan impian untuk mendapatkan sekurang-kurangnya sepasang kasut wanita berjenama mewah.

Bukn hanya kerana ingin merasai buatan yang berkualiti, tapi seperti kata ramai orang, kasut wanita yang baik mampu membuatkan pemakainya melangkah lebih berkeyakinan.

Bagi yang mampu, mereka pasti tidak menghadapi masalah melabur ratusan hingga ribuan ringgit bagi mendapatkan sepasang kasut tapi tidak bagi yang kurang mampu tapi mempunyai keinginan yang sama.

Berikut merupakan panduan mudah yang diharapkan dapat membantu anda membuat pilihan:

1- Dapatkan saiz anda

Apabila menggayakan kasut wanita yang cantik, anda tentunya ingin melangkah yakin seperti di pentas peragaan dalam keadaan yang cukup selesa.

Kasut yang selesa mampu membuatkan pemakai berasa seksi. Sementara kasut yang tidak selesa dan menyakitkan tidak akan menyerlah walaupun harganya mahal.

2- Lakukan rawatan kaki

Kasut sudah cantik tapi kuku panjang tidak terbela dan kulit kaki kering mengelupas. Jadi bagaimana kasut yang cantik dan mahal itu boleh kelihatan menarik?

3- Elakkan tumit terlalu tinggi

Kasut yang paling seksi adalah stiletto (kasut tumit tinggi bertali silang) tapi dinasihatkan supaya berhati-hati membeli kerana kasut dengan ketinggian lebih 4.5 inci menyukarkan anda berjalan. (kecuali bagi wanita yang sudah biasa memakai kasut tumit tinggi)

Ingat, bukan kasut yang membuatkan pemakai kelihatan seksi, tapi kebolehan berjalan dengan stabil menyerlahkan keseksian sebenar kasut tumit tinggi.

4- Beli kasut leper

Tahukah bahawa anda boleh bergaya santai dan formal dengan kasut bertapak rata. Saranan – beli sepasang kasut leper klasik Chanel dan berjalan selesa dengan penuh yakin.

5- Klasik pump shoe

Gadis yang memahami fesyen tentunya ingin memiliki sepasang kasut platform atau pump shoe daripada label klasik seperti Christian Louboutin, Ferragamo atau Manolo Blahnik.

Rujukan terbaik sebelum membeli adalah butik berjenama atau kedai dalam talian.

6- But tinggi atau paras lutut

Sepasang but boleh menyerlahkan lagi persalinan dipakai dan ia juga produk fesyen perlu dimiliki musim ini.

7- Kasut efek dramatik

Selain pilihan selamat iaitu kasut polos, tetapkan dalam fikiran bahawa kasut yang tepat akan memberi nilai tambah kepada pakaian.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!