Tambah Bukan Sebarang Tambah

6 Tips Melalui Road Block Yang Rakyat Malaysia Patut Tahu

0 1,053

Ala la la la tok jangan saman… Masih ingat lagu nie tak? Ramai yang berasa takut dan cuak apabila nampak ada road block tak kira la samada oleh polis atau JPJ. Perkara inilah mendorong saya menulis tips melalui road block ini.

Jika anda tak buat salah, tak perlu takut kan?

Takkan la pihak Polis Diraja Malaysia ataupun Jabatan Pengangkutan Jalan nak saman kalau kita tak buat kesalahan. Walau bagaimanapun, masih ada juga perasaan gerun atau gentar kadang-kadang kan walaupun kita tak buat apa-apa kesalahan, macam saya.. hehehe

Jom kita baca tips melalui road block di bawah.

6 Tips Melalui Road Block

  1. Jangan cuba lari daripada road block. Kereta polis laju dik.
  2. Jika kena tahan, bawak keluar IC dan lesen siap-siap.
  3. Kalau di waktu malam, buka lampu di dalam kereta
  4. Turunkan tingkap dan bagi salam jika beragama Islam dan beri senyuman
  5. Tunjukkan IC dan lesen walaupun tak diminta
  6. Bila dan selesai, ucapkan terima kasih dan jalan. Jika disaman sekalipun, ucapkan juga terima kasih dan senyum.

Tak perlu nak maki hamun polis atau JPJ tersebut. Mereka hanya jalankan tugas mereka.

Jadilah pemandu Malaysia yang bijak. Tak perlu susah-susah nak habiskan duit nak bayar saman bila buat kesalahan. Patuhilah semua undang-undang jalan raya.

Tak susahpun kan nak ikut semua undang-undang. Jangan pulak ada yang cakap ‘Abang macam mana nak settle’ dan cuba nak rasuah polis atau JPJ tersebut ya.

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh Nasi Tambah. 🙂

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!