6 Perkara Trump Lakukan Dalam Tempoh 7 Hari Jadi Presiden

0 28

Baru lebih kurang 7 hari Amerika berada dibawah pimpinan Donald Trump, sudah banyak perubahan yang beliau lakukan terhadap dasar Amerika Syarikat.

Sebagai seorang ahli perniagaan yang terjun ke dalam bidang politik, ramai ingin melihat apa yang Trump lakukan terhadap dunia politik. Malah ramai yang melihat, beberapa perubahan dasar yang beliau lakukan sekarang lebih kepada cara memimpin sebuah syarikat.

Di sini, Nasi Tambah himpunkan 6 perubahan dasar luar Amerika Syarikat sejak 7 hari Trump menjadi presiden.

Dasar Trump Selepas 7 Hari Jadi Presiden

1- Tarik diri dari TPPA
Sebelum ini, beliau menjadi orang yang lantang menentang apabila Obama mengumumkan mengenai TPPA. Beliau begitu anti terhadap TPPA sehingga memasukkan mengenai penarikkan diri Amerika daripada TPPA dalam manifesto pemilihan presidennya.

Ternyata beliau mengotakan apa yang dikatakannya. Sebaik sahaja beliau mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika, beliau menandatangani surat penarikkan diri Amerika daripada TPPA. Menurut beliau, antara sebab utama beliau tak berminat dengan TPPA ialah perjanjian ini akan menyebabkan banyak syarikat milik Amerika akan lebih cenderung untuk membuka operasi di luar Amerika dan ini akan mengurangkan peluang pekerjaan untuk rakyat Amerika.

2- Pecat 80 duta
Ini juga perkara menarik dilihat kerana kebiasaanya duta akan meletak jawatan sekiranya berlaku perubahan presiden tetapi kali ini mereka dipecat sebelum sempat meletak jawatan.

Antara alasan mengapa mereka dipecat adalah kerana tidak menyokong dasar beliau.

3- Menarik pemberian visa
Amerika Syarikat telah mengumumkan penggantungan pemberian visa kepada 7 buah negara Islam selama 3 bulan. Negara yang terbabit adalah Iraq, Iran, Somalia, Libya, Yaman, Sudan dan Syria.

Alasannya adalah untuk membendung puak Daish dan IS.

4- Bina tembok sempadan Amerika dan Mexico
Antara usaha beliau untuk menyekat pendatang asing dari Mexico masuk bekerja ke Amerika adalah dengan membina tembok pemisah ini. Walaupun beliau telah mengarahkan pembinaan ini dilakukan segera tetapi ramai yang masih ragu-ragu dari mana beliau dapatkan dana.

Mexico telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan menyumbang 1 sen pun terhadap projek ini.

5- Membatalkan Obamacare
Satu lagi tindakan Trump yang dianggap memberi kesusahan kepada rakyat Amerika adalah dengan memberi arahan untuk membatalkan Obamacare.

Obamacare adalah insurans perubatan mampu milik yang diperkenalkan oleh Obama untuk membantu rakyat yang tidak mampu. Ini adalah kerana undang-undang Amerika yang mewajibkan rakyat memiliki insurans perubatan. Obamacare mempunyai beberapa masalah teknikal antaranya terpaksa menaikkan beberapa cukai untuk menampung dananya.

Apabila cukai dinaikkan untuk menampung Obamacare, banyak syarikat Amerika lari membuka operasi di luar Amerika.

6- Ketatkan proses pengambilan pelarian perang
Selepas mengumumkan pemberhentian sementara visa kepada 7 buah negara Islam, beliau kemudiannya mengarahkan hanya akan membantu pelarian Syria yang beragama Kristian.

Ini bertentangan dengan perlembagaan Amerika berkaitan hak kebebasan beragama.

Ini adalah 6 perubahan besar yang dilakukan Donald Trump dalam tempoh 7 hari bergelar Presiden Amerika. Biasalahkan orang baru akan banyak memperkenalkan dasar-dasarnya selaras dengan slogan pilihanrayanya ‘Make America Great Again’

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!