6 Perkara Yang Perlu Anda Semak Sebelum Beli Rumah Second Hand

0 83

Ramai yang ingin beli rumah second hand kerana harganya dan lokasinya yang bersesuaian. Penting untuk anda ketahui nak beli rumah second hand ini tak sama seperti beli rumah yang baru.

Kebanyakkan mereka yang membeli rumah second hand adalah mereka yang ingin terlibat dalam pelaburan seperti ingin membuat rumah sewa kerana kita sudah ada data yang sedia ada untuk membuat perbandingan berbanding jika beli rumah yang baru.

Anda sudah buat survey dan berminat untuk beli rumah tersebut, tetapi sebelum buat keputusan untuk membeli, semak 6 perkara berikut untuk mengelakkan anda tersontot nanti.

Mesti Baca: Cara Beli Rumah Second Hand

6 Perkara Yang Perlu Semak Sebelum Beli Rumah Second Hand

1. Kenal siapa pemilik sebenar

Ini adalah perkara yang amat penting untuk mengelakkan anda membeli daripada bukan pemilik yang asal. Sudah banyak kes yang berlaku di mana rumah dijual tanpa pengetahuan pemilik asal. Akan berlaku banyak masalah nanti terutama jika anda sudah membayar, boleh jadi terus burn duit anda nanti.

2. Baca syarat nyata yang ada dalam geran

Syarat nyata ini merujuk kepada syarat yang terkandung di dalam geran yang telah dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Contohnya, dalam geran hak milik rumah tersebut dengan jelas dinyatakan:

Tanah ini hendaklah digunakan untuk satu unit rumah teres setingkat sahaja

Ini bermaksud, rumah yang didirikan di atas tanah tersebut mestilah rumah teres setingkat sahaja. Jika anda dapati rumah yang bakal anda hendak beli tersebut adalah rumah teres 2 tingkat, lebih baik jangan beli. Ini adalah kerana jelas pemilik asal sudah melanggar syarat yang sudah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri tersebut. Nanti tak pasal kena saman pulak bila anda beli.

3. Semak sebarang jika terdapat sebarang sekatan

Sekatan di sini bermaksud larangan yang dikenakan terhadap tanah tersebut.

Contohnya seperti:

Tanah tidak boleh dipindahmilik, dipajak atau digadai melainkan setelah mendapat kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa negeri

Ini bermaksud, sebelum anda boleh membeli, pemilik asal rumah tersebut mesti mendapat kelulusan terlebih dahulu sebelum menjual kepada anda. Anda perlu pastikan mendapat surat kelulusan terlebih dahulu sebelum meneruskan urusan pembelian.

4. Hanya boleh dibeli orang Melayu

Semak juga tanah atau rumah tersebut berada dalam kategori Rezab Melayu atau tidak.

Status ini anda boleh semak di dalam geran.

Jika terdapat status tersebut, maka rumah ini hanya boleh dibeli oleh orang Melayu sahaja.

5. Semak rumah tersebut adalah milik tuan rumah atau masih milik bank

Dalam maksud lain, semak rumah tersebut masih mempunyai hutang dengan bank atau tidak.

Jika masih milik bank, bayaran penuh kepada bank perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum urusan pindah milik kepada anda dilakukan.

6. Terdapat sebarang kaveat tak?

Penting untuk anda tahu jika rumah tersebut mempunyai kaveat di atas hak milik atau tidak.

Kaveat ialah suatu sekatan yang menghalang sebarang proses urusniaga dilakukan terhadap pindah milik rumah tersebut. Jika rumah tersebut mempunyai kaveat, pastikan pemilik asal mendapat pembatalan kaveat daripada pihak yang meletakkan kaveat tersebut.

Penting untuk anda semak 6 tips ini sebelum buat belian ke atas mana-mana rumah second hand.

Lebih baik cegah daripada anda mendapat masalah selepas membuat belian rumah tersebut.

Sumber: Gila Hartanah

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!