4 Tips Temuduga Untuk Elak Kelihatan Tidak Profesional

0 12,155

Anda dipanggil ke temuduga? Sudah tentu sekarang anda sedang mencari tips temuduga yang boleh anda gunakan untuk hadapi temuduga tersebut kan?

Pada saat ini, anda seharusnya tahu email anda yang berbunyi “lelakikesepian@gmail.com” yang anda buat ketika di zaman sekolah menengah tidak akan memberikan anda first impression yang baik, kemaskini dengan email yang lebih profesional, gunakan nama sebenar. Anda juga seharusnya tahu kesan datang lewat ketika sesi temuduga, dan kepentingan eye contact dan handshake yang kemas.

Tapi tahukah anda, ada beberapa perkara lagi yang boleh buatkan anda kelihatan ‘bodoh’ ketika sesi temuduga dan memberi kesan negatif terhadap 1st impression penemuduga terhadap anda.

Jom teruskan bacaan untuk ketahui lebih lanjut berkaitan tips temuduga ini.

4 Tips Temuduga Untuk Elak Kelihatan Tidak Profesional

1. Anda terdesak – Dan ia terlalu ketara

Anda perlu pastikan anda kekal yakin dan tahu peluang yang ditawarkan sesuai dengan kebolehan dan kemahiran anda dan mampu untuk bercerita kepada penemuduga bagaimana anda lah orang yang sesuai untuk jawatan tersebut.

Tetapi jangan asyik bercakap tentang diri sendiri tanpa henti, ianya komunikasi dua hala dan jangan fokus kepada diri sendiri sahaja.

Tunjukkan rasa ingin tahu dan minat pada syarikat, tanya soalan yang buatkan penemuduga rasa anda seorang yang mempunyai minat pada syarikat.

2. Anda Sembunyikan diri anda yang sebenar

Dalam sedang bercerita tentang kebolehan dan kemahiran anda, ceritakan juga minat anda terhadap perkara yang diluar bidang profesional anda.

Bagaimana anda mempunyai minat dalam sukan memancing contohnya tetapi jangan berlebihan dalam bercerita tentang minat peribadi.

Ini adalah strategi untuk anda membuatkan sesi temuduga anda diingati dan menunjukkan anda bukan seorang yang mempunyai satu dimensi sahaja (mempunyai personaliti yang menarik).

Baca Juga: 9 Contoh Soalan Temuduga Kerja Yang Susah

3. Tak buat Homework

Anda mungkin dah tahu kepentingan menyelidik latar belakang syarikat. Anda mahu kelihatan cerdik dengan menyebut misi dan visi syarikat, pengasas , pemahaman umum tentang sejarah mereka dan prestasi semasa.

Tapi, hati hati kerja menyelidik latar belakang syarikat bukannya kerja yang boleh dibuat umpama melepaskan batok di tangga.

Ianya perlu dilakukan dengan teliti dan anda perlu pastikan anda mempunyai pemahaman yang dalam tentang sesuatu isu sebelum bercakap tentangnya pada sesi temuduga. Pastikan anda buat pembacaan anda!

Jika anda mengetahui tujuan syarikat ditubuhkan, mudah untuk anda kaitkan ia dengan cita cita dan aspirasi anda sendiri.

Biarkan penemuduga tahu bagaimana anda merancang untuk grow bersama dengan syarikat mereka. Buatkan mereka percaya yang anda lah orang yang syarikat cari selama ini.

Untuk rujukan anda boleh gunakan google, jika syarikat yang anda ingin lamar itu bersaiz kecil. Gunakan medium media sosial mereka untuk melakukan penelitian dan dapatkan pemahaman aktiviti asas syarikat tersebut.

4. Anda mempunyai media sosial yang teruk

Adakah anda rasa media sosial anda tidak memberikan impak dalam perjalanan kareer anda ? Semua orang harus berhati hati dengan apa yang mereka tulis dia media sosial.

Media sosial boleh membantu anda nampak profesional jika anda selalu menulis pandangan terhadap industri anda ataupun akan merosakkan imej profesional anda jika anda kerap mengutuk dan mencela institusi, organisasi atau universiti lama anda.

Percayakah anda, pasukan HR yang menjalankan proses temuduga biasanya akan menyemak online presence anda.

Apabila melibatkan perjalanan kareer, ia bukan saja lagi tentang kelayakan, resume, dan memakai pakaian yang kemas. Bagaimana anda hiaskan diri anda dengan personaliti yang profesional juga amat amat penting.

Penting untuk anda sentiasa ingat tips temuduga ini supaya anda berjaya mendapatkan jawatan yang anda inginkan tersebut.

Panduan dan Tips Temuduga

Baru-baru ini viral satu panduan dan tips temuduga yang amat lengkap.

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan, bukan sahaja boleh digunakan untuk ke temuduga kerja kerajaan tetapi ia juga boleh digunakan untuk temuduga kerja swasta.

Apa yang terkandung dalam ebook ini?

  • Anda perlu tahu apakah 4 tindakan yang harus anda lakukan sebelum menghadiri temuduga. Tanpanya persediaan temuduga anda akan menjadi tempang!
  • Tahukah anda dengan hanya memakai pakaian tertentu, anda boleh mendapat markah free 5% dengan begitu sahaja.
  • Bagaimana melatih diri anda menjadi hebat berkata – kata di hadapan panel penemuduga dan terus memukau mereka? Anda akan ketahuinya…
  • Cuak disoal dalam bahasa Inggeris. Ketahui bagaimana anda dapat kuasai bahasa tersebut dalam masa singkat khas untuk temuduga…
  • Bagaimana nak jangkakan soalan – soalan yang bakal disoal semasa temuduga? Ikuti beberapa teknik mudah yang diajarkan dalam ebook ini.
  • Anda tidak dipanggil – panggil temuduga? Ketahui 7 sebab utamanya. Selapas ini Insyallah anda akan dipanggil!
  • Anda ada ijazah, bolehkah anda apply jawatan yang perlukan SPM saja? Tahukah anda, silap percaturan, anda pulang kosong saja.
  • Bila anda disoal sebegini ” Kenapa kami patut pilih anda bagi jawatan ini?”. Apakah patut anda jawab? Ketahuilah soalan – soalan paling killer yang pasti anda dapat jawab selepas ini.
  • Dan banyak lagi rahsia yang tidak muat kami nyatakan di sini. Semuanya terkandung dalam ebook ini!

Jadi tanggungjawab Nasi Tambah untuk berkongsi sesuatu yang baik untuk semua pembaca tegar blog Nasi Tambah. Klik link di bawah untuk ketahui lebih lanjut berkaitan ebook yang terbaik ini berkaitan panduan dan tips temuduga.

>> Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan <<

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!