Tambah Bukan Sebarang Tambah

3 Kaedah Elak Kereta Dicuri, Mudah Untuk Diamalkan

0 369

Sapa ada pengalaman kereta dicuri mesti rasa trauma. Ye la kan, dah la kita ada 1 jer kenderaan nak bergerak ke sana ke sini, lepas tu dicuri orang pulak. Sedih. Ada pelbagai kaedah untuk elak kereta dicuri yang boleh kita amalkan.

Baru-baru ini ada sahabat saya hilang pick up 4×4 beliau. Tambah merisaukan dalam pick up tersebut ada anak kecilnya berumur 5 tahun. Tetapi mujurlah keretanya ditemui semula bersama anaknya yang ditinggalkan ditepi jalan. Alhamdulillah.

Dengan kejadian curi kereta yang semakin meningkat ini, Nasi Tambah tergerak untuk menulis artikel berkaitan cara elak kereta dicuri. Kami harap anda yang membaca ini dapat mengambil sedikit sebanyak cara yang kami cadangkan.

Kaedah Elak Kereta Dicuri

1. Matikan Enjin Kereta

Jangan sesekali tinggalkan kereta anda dengan enjin tak dimatikan tak kira dimana sahaja. Tak kiralah anda cakap nak tinggal sekejap nak pergi beli rokok, nak beli nasi lemak, nak pergi tengok orang atau apa saja, jangan tinggal kereta tanpa enjin dimatikan.

Tak rugi pun lepas tu nak start balik enjin walaupun tinggal seminit sahaja. Lain lah kalau anda memang niat nak sedekahkan kereta tu pada orang, memang saya amat galakkan anda tinggal kereta tanpa enjin dimatikan tetapi kalau tak nak, sila jangan buat macam tu ya.

2. Pasang GPS Tracker

Janganlah kedekut untuk pasang GPS Tracker dalam kereta anda. Tak kiralah kereta anda mahal ataupun murah, memang berbaloi untuk anda pasang GPS tracker ini.

Apalah nak kira harga GPS tu berbanding harga kereta anda yang jauh lagi mahal.

Kalau mampu jangan pasang 1 sahaja, pasanglah 2 atau 3 supaya orang yang curi tu tak tau dekat mana anda letak GPS tracker tersebut.

GPS tracker ini memudahkan untuk mengesan kedudukan kereta anda nanti.

3. Pasang Mechanical Lock

Pasang mechanical lock di bawah stereng. Harganya tak lah mahal sangat. Nak yang murah pun berlambak di kedai aksesori kereta.

Memang pencuri tu akan boleh buka mechanical lock tu, tetapi kita dah sekurang-kurangnya boleh melambatkan proses dia nak curi tersebut.

*TAMBAHAN

4. Jangan Tinggalkan Anak Dalam Kereta

Usah sesekali tinggalkan anak dalam kenderaan walaupun anda nak isi minyak di stesen minyak, berhenti sekejap di kedai atau dimana sahaja.

Jangan jadi pemalas sangat boleh?

Bawalah anak tu sekali walaupun parking betul-betul depan lokasi yang kau nak berurusan tu. Dah kalau anak tu ramai pun kau bawak ja lah semua. Biarlah susah sikit tak apa daripada hilang anak depan mata. Allah Allah. Hilang kereta ada insuran. Hilang anak? Insuran mana pun tak boleh ganti. Nauzubillah.
Ok… boleh ke boleh?

Nasi Tambah harap anda boleh ikut 1 atau 2 kaedah elak kereta dicuri ini dan kalau anda rasa artikel ini bermanfaat, tekan butang share supaya rakan anda juga tahu mengenai hal ini.

Tak susah pun nak tekan button share tu kan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!